Harian Metro

Sibuk berlatih teater

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Miera curah sepenuh komitmen untuk

jayakan pementasan Kontena 404

Jarang mendapat publisiti media, namun pelakon Miera Liyana, 24, masih aktif berlakon. Telefilem Kismet lakonannya bersama Vanidah Imran dan Eman Manan juga baru saja disiarkan di TV3 akhir bulan lalu.

Malah Miera juga terbabit menjayakan beberapa telefilem untuk RTM. Terbaru, Miera atau Miera Leyana Kasmi bakal menjayakan pementasan teater Kontena 404.

“Alhamdulil­lah, saya masih sibuk berlakon dan menerima tawaran. Saya berlakon kerana minat jadi apabila diberi watak menarik, saya terima saja.

“Begitu juga dengan teater Kontena 404, saya tertarik dengan skrip dan jalan ceritanya. Lagipun, ini kisah komedi dan jarang-jarang saya bawakan. Kerana itulah saya cabar diri untuk mencuba,” katanya yang kali kedua berlakon teater.

Meskipun teater berkenaan berdepan kontrovers­i, Miera tidak ambil pusing kerana baginya bayaran sudah diterima dan dia perlu melaksanak­an tanggungja­wab sebagai pelakon.

“Saya tahu mengenai isu penerbitan teater ini tetapi kami perlu memberi komitmen kerana apa yang dilakukan produksi mengikut prosedur yang betul.

“Sebagai pelakon mereka sudah membayar saya dan perlu melakukan latihan bersama-sama dengan pelakon lain,” katanya.

Miera memulakan kerjaya lakonan pada usia 15 tahun membintang­i drama web Luna Fantasiku untuk Gua. com.my pada 2008. Drama lain dibintangi seperti Bio-Nik, Hotel Mania, Putera Rayyan, Kusinero Cinta, Memori Cinta Suraya dan Biar Aku Jadi Penunggu.

Untuk filem pula, Miera membintang­i Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid san juga Apokalips X (2014).

Dalam pada itu, Miera juga cuba membabitka­n diri dengan kerja belakang tabir. Dia diberi kepercayaa­n oleh penerbit Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir untuk mengarahka­n telefilem Lalali Tamplom.

“Sebenarnya saya memang tidak terfikir untuk mengarah. Apabila Mohd Noor menawarkan­nya kepada saya, memang terkejut juga.

“Mungkin dia melihat cara saya yang berani menyuaraka­n pendapat menyebabka­n dia yakin saya boleh mengarah.

“Lagipun, saya tidak berseorang­an kerana anaknya, Alif turut sama-sama mengarah dengan saya kerana itulah saya yakin sedikit untuk mencuba,” katanya.

 ??  ?? Saya tahu mengenai isu penerbitan teater ini tetapi kami perlu memberi komitmen kerana apa yang dilakukan produksi mengikut prosedur yang betul
Saya tahu mengenai isu penerbitan teater ini tetapi kami perlu memberi komitmen kerana apa yang dilakukan produksi mengikut prosedur yang betul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia