Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: CAHAYA MALAIKA TV3, 2 petang PANGGUNG SABTU: DON TV3, 9 malam DIA TV3, 12.30 tengah malam TV3 CINEMA: ALIEN 3

Ezra seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilk­an novel seterusnya. Dia dibebani hutang sekali gus membuatkan isterinya, Lili dan anak mereka, Hanna turut mendapat tempias kesusahan.

Ezra membawa keluargany­a pulang ke kampung dan tinggal di rumah peninggala­n arwah ibu untuk lari daripada along dan ingin memulakan hidup baru. Namun, dia tidak mengetahui Mak Ngah ingin menjadikan rumah itu sebagai rumah inap.

Kehidupan Ezra semakin sukar. Dia gagal menyiapkan novelnya dan Lily pula mengambil keputusan meninggalk­an Ezra serta Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi pelayan kelas atasan di bandar.

Ezra yang tertekan mula rasa kepayahan menjadi bapa tunggal membesarka­n anaknya, ditambah dengan

Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggala­n itu.

Pelakon: Que Haidar, Sharifah Shahora, Riz Amin, Roy Azman dan Normah Damanhuri Polis melantik Vijay untuk menyamar sebagai ketua penyeludup dadah antarabang­sa bernama Don. Namun, masalah bertambah rumit apabila seorang anggota polis terbunuh dan Vijay perlu melindungi dirinya sendiri.

Pelakon: Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Arjun Rampal, Isha Koppikar dan Boman Irani Hafiz menziarahi Ali yang sakit. Dia terdengar perbualan telefon antara Ali dan Rena. Ali menangis kerana dia risau mengenang nasib anaknya, Aidit yang masih kecil. Hafiz bersimpati dan terus membuat keputusan mendermaka­n sebahagian daripada hatinya kepada Ali. Ali gembira tetapi Fatimah tetap tidak setuju. Jika sesuatu berlaku terhadap Hafiz, dia memang tidak akan maafkan Ali. Ripley terhempas di Fiorina Fury 151. Ia sebuah penjara kawalan ketat. Ripley mula sedar dia tidak sengaja membawa pulang ‘sesuatu’ yang bahaya apabila perasan mengenai segala perkara aneh yang berlaku selepas kepulangan­nya.

Pelakon: Sigourney Weaver, Charles S. Dutton, Charles Dance, Paul McGann

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia