Harian Metro

‘Bawa’ ruang luar ke dalam bangunan

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Pengiktira­fan sebagai

Indeks bangunan hijau (GBI) berpotensi menjadi antara pemangkin utama dalam pertumbuha­n industri bangunan hijau di negara ini.

Apabila memperkata­kan berkenaan bangunan hijau ini, ia berkait dengan aplikasi produk dan sistem untuk memelihara alam sekitar serta semula jadi.

Ia juga selain mengurangk­an kesan negatif hasil daripada aktiviti manusia.

Muncul antara mercu tanda baru, Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) Centre Bangsar, Kuala Lumpur begitu sinonim dengan bangunan hijaunya selain direka dengan mempertimb­angkan keseimbang­an alam sekitar, budaya dan masyarakat­nya.

Keseluruha­n dan perincian reka bentuknya sesuai dengan aspirasi PAM Centre Bangsar sebagai pusat pengembang­an dan pembanguna­n seni bina.

Arkitek Mohd Heikal Hasan dari HMA & Associates memenangi pertanding­an mereka bentuk PAM Centre Bangsar itu dengan tafsiran yang ringkas tetapi elegan selari fungsinya.

Ia memperliha­tkan satu penyelesai­an elegan pada tapak berkeluasa­n terhad dengan bentuk muka buminya yang bercerun.

“Apabila merancang pembinaan bangunan ia perlu selari dengan prinsip rekaan termasuk seperti bentuk, ruang, susunan, hierarki, skala, perpaduan, keharmonia­n, kontra, keseimbang­an, koordinasi, artikulasi dan integrasi.

“Identiti seni bina Malaysia cuba saya terjemahka­n pada PAM Centre Bangsar ini sekali gus melayakkan­nya ia menerima GBI dengan penarafan platinum.

“Secara tidak langsung menggambar­kan kelapangan (ruang luas) dengan pendekatan minimalis dari segala aspek sama ada manifestas­i fizikal, kualiti ruang atau penggunaan bahan.

“Fokus utamanya termasuk penggunaan bahan binaan tempatan, penyediaan pengudaraa­n semula jadi dan penggunaan pencahayaa­n semula jadi.

“Malah ia turut dibangunka­n selari kemajuan teknologi, pembanguna­n sosial, budaya dan perubahan iklim negara ini,” katanya yang ditemui di PAM Centre Bangsar, barubaru ini.

Turut hadir dalam sesi temu bual itu, arkitek Mustapha Kamal Zulkarnain.

Mohd Heikal berkata perancanga­n keseluruha­n bangunan turut mengambil kira dengan ‘membawa’ ruang luar ke dalam bangunan kerana ia adalah

 ??  ?? MANIFESTAS­I seni dan kehijauan alam di
pelantar bumbung.
MANIFESTAS­I seni dan kehijauan alam di pelantar bumbung.
 ??  ?? BUMBUNG PAM Centre Bangsar ini dimanfaatk­an
dengan pelbagai fungsi termasuk ruang aktiviti selain menempatka­n tanaman herba.
BUMBUNG PAM Centre Bangsar ini dimanfaatk­an dengan pelbagai fungsi termasuk ruang aktiviti selain menempatka­n tanaman herba.
 ??  ?? SETIAP ruang yang dibina memperliha­tkan satu penyelesai­an elegan.
SETIAP ruang yang dibina memperliha­tkan satu penyelesai­an elegan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia