Harian Metro

Bukan sekadar elemen hiasan

-

Landskap kejur turut berfungsi melancarka­n saliran air dalam sesebuah landskap

Landskap kejur merujuk pada elemen landskap tidak hidup atau material yang bersifat keras dan kaku seperti kayu, batu, konkrit serta logam.

Elemen buatan manusia ini mencipta keharmonia­n dan menjadi pelengkap bagi landskap lembut seperti tanaman pokok serta bunga.

Kebiasaann­ya, landskap kejur perlu disusun letak terlebih dulu sebelum memasukkan landskap lembut yang berfungsi sebagai kemasan akhir.

Proses menyempurn­akan skema warna, susun atur pokok dan bunga seharusnya bermula selepas asas landskap kejur siap dipasang.

Elemen air dalam landskap turut dikategori­kan sebagai landskap kejur kerana ia lebih sinonim dengan pembinaan batu dan konkrit sebagai bahan utama untuk air pancuran.

Landskap kejur bukan sekadar menyuntik elemen hiasan dan dekorasi pada ruang landskap, tapi turut berfungsi melancarka­n saliran air dalam sesebuah landskap.

Antara elemen landskap kejur yang sinonim diselitkan dalam susun atur landskap kediaman adalah air pancuran, dinding, wakaf atau gazebo dan tapak laluan.

Ada pendapat di Barat mengatakan hiasan landskap seperti batu kerikil, pasu bunga dan cendawan batu hiasan tidak dikategori­kan landskap kejur kerana frasa itu lebih sesuai untuk struktur yang dibina.

Elemen landskap kejur juga tidak seharusnya menguasai sesebuah landskap dan mengatasi elemen landskap lembut.

Hal ini menyebabka­n suasana pada landskap berkenaan kelihatan komersial dan formal yang lebih sesuai dengan landskap bangunan komersial seperti hotel.

Bagi landskap kediaman, sebaiknya seimbangka­n penggunaan landskap kejur dan lembut dengan nisbah 50:50 bagi mencipta landskap santai serta tenang.

Namun, landskap lembut juga tidak seharusnya menguasai landskap kejur kerana ia menzahirka­n suasana landskap yang kelihatan serabut atau tidak terjaga.

Landskap tertutup (indoor) juga dapat menyelitka­n landskap kejur kerana material yang sesuai diletak pada kawasan luar (outdoor) pasti mampu bertahan dan sesuai untuk ruang dalaman.

 ??  ??
 ??  ?? KESEIMBANG­AN landskap kejur dan lembut mewujudkan suasana landskap yang tenang dan santai.
KESEIMBANG­AN landskap kejur dan lembut mewujudkan suasana landskap yang tenang dan santai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia