Harian Metro

MANFAATKAN PERABOT VINTAJ

-

Banyak inspirasi boleh diterap untuk hasilkan ruang tamu unik

Salam deko buat semua. Minggu ini kita berada di bahagian kedua dalam memperkata­kan berkenaan dekorasi berkonsepk­an shabby chic. Jika anda terlepas pada minggu lalu, shabby chic adalah nama satu tema hiasan yang jarang diperkatak­an di negara kita. Apatah lagi ia mengetenga­hkan koleksi perabot ‘lusuh’ penuh gaya, bercirikan feminin dan kelembutan pada susun atur perabot atau pemilihan warna utama.

Motif atau corak yang sering diangkat dalam konsep ini termasuk bungabunga­an, garis, ‘kotakkotak,’ atau ‘polkadot. Gabungan pelbagai hiasan ruang tamu shabby chic ini membuatkan sentuhanny­a tampil lebih kreatif dan ada sedikit suntikan elemen moden kontempora­ri. Bagi menerapkan gaya hiasan shabby chic ini sebenarnya tidaklah begitu sukar. Anda tidak perlu memasukkan semua elemen untuk menghidupk­an dekorasi ini. Hiasan yang berlebihan akan membuatkan ruang kelihatan sarat dan sesak.

Paling utama dari konsep shabby chic ini adalah dengan menggunaka­n perabot vintaj yang masih terlihat unik dan antik untuk dimanfaatk­an. Ada banyak inspirasi yang boleh diterapkan untuk menghasilk­an ruang tamu yang unik. Seperti yang sudah saya jelaskan minggu lalu, motif sesuai untuk konsep ini adalah motif tumbuhan seperti daun dan bunga. Selain elemen utama daripada konsep ini adalah motif serta jenis bahan tekstilnya. Bahan yang dimaksudka­n adalah semua material yang biasa digunakan dalam penghasila­n perabot kediaman.

Motif itulah yang akan membuatkan konsep shabby chic kelihatan lebih eksklusif dan menarik. Selain motif tumbuhan anda juga boleh memilih motif abstrak. Minggu depan saya akan sambung lagi huraian berkenaan konsep unik ini supaya anda lebih memahami segala aspek berkaitan dengannya. Apakah kaedah atau tip terbaik untuk menampilka­n suasana segar di dalam rak kasut.

Fitri Samli Kg Chubadak

Aspek kebersihan dan kesegaran di dalam rak kasut juga penting walaupun ada yang memandang remeh perkara ini.

Bagi menampilka­n suasana lebih segar, ada disarankan membungkus kasut dengan surat khabar sebelum di letakkan di tempat dingin atau kering buat seketika, kemudian barulah diletakkan di dalam rak kasut. Mungkin kaedah ini dapat membantu. Selamat mencuba!

 ??  ?? KONSEP shabby chic antara sentuhan yang kreatif.
KONSEP shabby chic antara sentuhan yang kreatif.
 ??  ?? MOTIF bungabunga­an antara elemen utama
konsep ini.
MOTIF bungabunga­an antara elemen utama konsep ini.
 ??  ??
 ??  ?? TURUT dikaitkan dengan sentuhan feminin.
TURUT dikaitkan dengan sentuhan feminin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia