Harian Metro

FESTIVAL 3 HARI 3 MALAM

- Shuhada Mansor gen.y.hmetro.com.my

Jika kita mengangkat Ramli Sarip sebagai ‘otai’ papa rock Malaysia, Ebiet G Ade menjadi tumpuan utama pada Synchroniz­e Festival 2017 Jakarta yang berlangsun­g pada 6 Oktober lalu.

Walaupun alunan muziknya santai dengan cuma diiringi petikan gitar, setiap lagu daripada penyanyi yang terkenal era 1970-an dan 1980an ini rancak disambut anak muda.

Selain Ebiet, OM Pengantar Minum Racun, Glenn Fredley,

Slank antara barisan artis yang berjaya membuatkan penonton beraksi ‘gila’ dengan sepanduk dan menyanyi bersama sepanjang persembaha­n.

ANGKAT KARYA GENERASI MUDA

Seperti festival muzik yang diadakan di Malaysia, acara sebegini dianggap lebih dekat di hati remaja.

Penganjur bersama, Dyanda Promosindo berkata, festival muzik adalah platform terbaik untuk mengangkat karya generasi muda.

Bukan hanya menerusi lagu malah alternatif lain turut dihidangka­n bagi memberi peluang kepada remaja mengekspre­sikan minat mereka.

Antaranya sudut grafiti, karaoke dangdut, persembaha­n filem indie Indonesia, trak makanan, gerai kraf tangan, sudut jualan baju jenama tempatan dan sebagainya.

“Acara yang mendapat kolaborasi bersama Demajors ini mengetenga­hkan konsep pelbagai genre. Kami bawa artis yang popular seawal tahun 60-an hinggalah masa kini.

“Kami mahu menjadikan Synchroniz­e Festival sebagai acara yang merayakan ‘keberagama­n’ muzik Indonesia, sekali gus membuka mata dunia mengenai kualiti muzik di sini,” katanya.

DARI MALAYSIA KE JAKARTA

Selain penonton dari Eropah, Zaid Mohamad antara yang sanggup terbang dari Kuala

Pesta muzik platform terbaik angkat karya generasi muda

Lumpur untuk melihat band kegemarann­ya.

“Saya datang semata-mata untuk melihat Stars and Rabbit dan The Trees and The Wild secara ‘live’. Mereka pernah datang dan buat persembaha­n di Kuala Lumpur, tapi tak puas. Jadi, saya datang ke sini untuk tengok sendiri band saya suka walaupun jauh. Janji puas hati.

“Banyak slot menarik di sini, antara yang sempat saya tonton indie filem berkisar mengenai budaya jaya. Sesuatu yang baru dan berguna untuk pengetahua­n saya,” katanya.

Konsep dan susun atur festival yang berlangsun­g selama tiga hari itu dilihat mampu memberi idea baru kepada penganjur acara di negara ini untuk mempelbaga­ikan cabang seni anak muda kita.

 ??  ?? SUASANA festival. PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo turut berkunjung ke Festival
SUASANA festival. PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo turut berkunjung ke Festival
 ??  ?? PENONTON yang 'menggila'.
PENONTON yang 'menggila'.
 ??  ?? ANTARA band tempatanme­mberikan persembaha­n terbaik.
ANTARA band tempatanme­mberikan persembaha­n terbaik.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia