Harian Metro

TAK KENAL JANTINA!

- FatinFarha­na Japre

Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabang­sa turut lancar kempen

sumbangan pakaian dalam terpakai

Kanser Payudara Malaysia

(BCWA) ini berjaya mengumpul enam tan baju dalam terpakai menerusi kewujudan Bank Bra di cawangan Neubodi seluruh negara bagi memudahkan orang ramai khususnya remaja perempuan menyumbang pakaian dalam terpakai yang masih dalam keadaan baik.

Seterusnya, pakaian dalam itu akan disumbangk­an kepada mangsa pemerdagan­gan seks untuk dijual demi memperoleh rezeki sekali gus membantu mereka diterima kembali masyarakat setempat.

Antara golongan kurang bernasib baik yang akan menerima manfaat daripada inisiatif sumbangan itu ialah komuniti di Malaysia, Kemboja, Nepal, India dan Afrika yang amat memerlukan pakaian dalam bagi tujuan keselesaan serta keyakinan diri.

Menariknya, pakaian dalam yang tidak sesuai untuk disumbangk­an akan diambil oleh rakan strategik Neubodi iaitu Life Line Clothing Malaysia untuk dikitar semula.

Menggunaka­n teknologi tersendiri pertama di Malaysia, bahan mentah seperti spandex, nilon, wayar besi dan plastik akan diganti menjadi bahan bakar pepejal yang boleh diguna semula bagi kegunaan penjanaan dan dandang perindustr­ian.

Pengarah merangkap pengasas Neubodi Holdings Sdn Bhd, Anne Tan berkata, kempen kesedaran ini bertujuan meraih kesedaran belia bahawa kanser payudara tidak mengenal jantina atau umur dan menekankan kepentinga­n pemeriksaa­n diri serta pengesanan awal.

“Selain meningkatk­an kesedaran kesihatan payudara sambil mengumpul dana bagi program ‘Hospital Angels’ anjuran BCWA, kami juga menyediaka­n peluang hidup yang lebih baik bagi wanita yang kurang bernasib baik menerusi kutipan Bank Bra kami.

“Bagi inisiatif program Hospital Angels, pakar terlatih akan melawat pesakit kanser payudara yang baru didiagnosi­s dan membantu mereka mengharung­i penyakit dalam persekitar­an positif.

“Dana dikumpul menerusi program konvoi basikal ‘Pedal Forward’ Neubodi dan jualan eksklusif koleksi GO PINK pada hari pelancaran.

“Sebahagian daripada jualan GO PINK akan disalurkan kepada BCWA,” katanya.

Katanya, pengunjung boleh mengunjung­i klinik gerakan BCWA untuk pemeriksaa­n payudara dan pengesanan awal.

“Klinik gerakan ini dilengkapi alat sokongan dan pengesan awal bagi pemeriksaa­n klinikal payudara serta sesi kaunseling menggunaka­n model silikon khas.

“Selain itu, pakar onkologi dan golongan profesiona­l dalam bidang kesihatan dari Tropicana Medical Centre turut berada di sini untuk membantu orang awam memahami kanser payudara dengan lebih mendalam,” katanya.

Peserta Pedal Forward, Kay Zhi Ooi, 24, berkata, dia hanya mengetahui kanser payudara tidak mengenal jantina apabila menyertai cabaran kutipan dana Neubodi Pedal Forward.

“Selama ini saya fikir kanser payudara hanya berisiko pada wanita, tetapi hakikatnya lelaki juga berisiko tinggi.

“Jadi saya ambil peluang berkongsi dengan rakan dan ahli keluarga mengenai ilmu yang saya dapati di klinik ini selepas menamatkan kayuhan.

“Ilmu yang saya dapat hari ini sangat bermanfaat dan berharap remaja lain juga peka dengan bahaya serta simptom kanser payudara,” katanya.

Pada hari pelancaran itu, 100 penunggang basikal melakukan kayuhan sejauh 18 kilometer sebagai tanda sokongan selepas mengumpul dana secara peribadi sebulan sebelum acara ini berlangsun­g.

Neubodi turut menyerahka­n dana bernilai RM60,000 dalam bentuk cek kepada BCWA sebelum acara berakhir.

Turut hadir sama selebriti tempatan dan atlet paralimpik seperti Amber Chia, Agnes Wang, Carrie Lee, Jan Chia, Lavin Seow, Thanuja Ananthan dan Alvin Lim.

 ??  ?? PESERTA Pedal Forward teruja untuk memulakan kayuhan.
PESERTA Pedal Forward teruja untuk memulakan kayuhan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia