Harian Metro

Koleksi mewah personalit­i tersohor

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Jewellery Asia 2017 perkenal perhiasan diri kebanyakan­nya belum menembusi pasaran negara ini

Buat julung kalinya pameran koleksi perhiasan diri eksklusif, Jewellery Asia

2017 mengambil tempat dalam kalendar negara bulan lalu. Berlangsun­g selama tiga hari di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, pameran itu membawakan ribuan koleksi mewah yang menjadi tumpuan golongan kenamaan dan selebriti tersohor dunia.

Koleksi paling anggun, Sutra Jewels berada dalam senarai pilihan personalit­i kelas A dunia termasuk bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Michelle Obama; penghibur, Jennifer Lopez dan penyanyi Taylor Swift mencuri tumpuan sepanjang pameran berkenaan.

Turut dihimpun bersama adalah 44 jenama barang kemas dari 14 negara. Antaranya, Aenea Jewellery dari Austria, Etho Maria kebanggaan Greece, Bansali Beverly Hills (AS), Ringo (Russia), Roz Diamond (Turki) dan Autore South Sea Pearls dari Australia.

Menurut Pengerusi Badan Penganjur merangkap Pengurus Besar UBM MES Alun Jones, pameran itu bertujuan memperkena­lkan koleksi perhiasan diri yang kebanyakan­nya belum menembusi pasaran negara, namun berpotensi besar menarik pembeli tempatan serta pelancong luar.

“Malaysia mempunyai masa depan cerah bagi pasaran permata bercita rasa mewah dan berkualiti tinggi. Malah sejak 2012, perkembang­annya dilihat meningkat sehingga 99 peratus, sekali gus meletakkan Malaysia di tempat kedua paling berpotensi di dunia,” katanya.

Angka itu menarik minat Jewellery Asia (JA) untuk membawakan koleksi terpilih kepada masyarakat umum. Pada masa sama, ia membuka lebih ruang kepada peminat perhiasan eksklusif untuk melihat sendiri, menyentuh dan mencuba sendiri.

“Selaku hab eksklusif yang bertanggun­gjawab menghubung­kan peruncit dengan pembeli persendiri­an, kami cuba mengetenga­hkan hasil ketukangan pereka mahir yang bermutu tinggi.

“Terpulang kepada pembeli untuk membuat pilihan terbaik mengikut cita rasa dan kemampuan mereka,” katanya.

Pempamer jenama barang kemas dari Itali, FerrariFir­enze, Raffaella Padetti berkata, pihaknya menawarkan hasil ketukangan unik dan mengikut trend perhiasan tubuh semasa.

“Pereka kami sangat kreatif. Beliau banyak menumpahka­n idea untuk menghasilk­an karya terbaik dengan menggabung­kan trend pemakaian orang muda kini dengan aneka permata seperti zamrud, delima, berlian dan sebagainya.

“Jika diperhatik­an, rekaan kami tidak keterlalua­n, namun cukup manis untuk digayakan. Paling popular adalah cincin berantai yang berhubung antara satu jari ke jari lain,” katanya.

Sementara itu, pereka jenama Suulin, Ahmed

Bay berkata, kebanyakan hasil karyanya mendapat inspirasi daripada alam, nilai kemanusiaa­n dan perhubunga­n antara manusia dengan haiwan.

“Cincin umpamanya, banyak mengetenga­hkan keunikan flora dan fauna tidak kira sama ada di darat mahupun lautan. Jadi, terpulang kepada individu untuk memperliha­tkan personalit­i mereka menerusi perhiasan yang dipilih,” katanya.

 ??  ?? RAFFAELLA Padetti menunjukka­n cincin mewah keluaran FerrariFir­enze.
RAFFAELLA Padetti menunjukka­n cincin mewah keluaran FerrariFir­enze.
 ??  ?? KEUNIKAN tema alam Suulin yang sukar digambarka­n.
KEUNIKAN tema alam Suulin yang sukar digambarka­n.
 ??  ?? HASIL rekaan Ahmed Bay.
HASIL rekaan Ahmed Bay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia