Harian Metro

Zack Amrul

-

bagi koleksi musim bunga dan panas 2018 inilah menjadi percubaan pertama kami untuk menghasilk­an versi couture JubahSouq,” katanya.

Dalam koleksi itu, kedua-dua pemuda ini cuba bereksperi­men dengan fabrik yang tidak pernah gunakan pada koleksi terdahulu. Antaranya termasuk sutera syantung yang memiliki kemasan berkilau, mudah terbentuk dan terletak indah di tubuh. Selain itu, ada juga beberapa jenis satin berbeza daripada apa yang digunakan dalam koleksi RTW sebelum ini.

“Bagi menampilka­n lebih gaya dan sisi elegan pada pemakai, kami juga banyak bereksperi­men dengan jenis lipatan berbeza kerana untuk setiap rekaan yang dihasilkan.

“Kami mahu menampilka­n konsep romantis moden, tapi dalam masa yang sama masih sesuai digayakan golongan Muslimah.

Bagi yang bukan Islam, mereka masih sesuai menggayaka­n gaun penuh untuk majlis formal, makan malam tahunan dan keraian besar lain. Sebolehnya, kami mahu mengekalka­n tahap kesopanan dalam mengenakan busana indah sebaik yang mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia