Harian Metro

Anggun dipadankan busana feminin

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Musim luruh kali ini

Tory Burch tampil dengan pilihan sepatu mewah bertemakan Bow. Menonjolka­n ikatan reben manis pada bahagian depan serta belakang sepatu, tema itu dilihat cukup anggun untuk digayakan bersama busana feminin.

Tidak keterlalua­n, namun jauh sekali membosanka­n, jenama itu membawakan tujuh pilihan sepatu dengan gaya, rekaan, ketinggian, corak serta material berbeza.

Oleh itu, tidak ada alasan untuk anda terus mengatakan tidak. Pilih saja potongan kesukaan sama ada bertumit halus dan tirus di depan, gaya balerina yang manis atau bertumit besar dengan bentuk sedikit tirus di bahagian depan. Setiap koleksi bagaimanap­un dihias reben berlainan rekaan dan potongan.

CLARA FLORAL PUMP

Mengetenga­hkan seni arca d’orsay, potongan ini antara yang pertama menghiasi pentas peragaan musim luruh 2017. Diilhamkan daripada potongan kasut Perancis sejak berabad dulu, sepatu ini membawa aura lebih elegan dengan cetakan sutera Mikado dan tirus di bahagian depan. Tambah menarik, sepatu ini juga mempunyai padanan tumit unik serta reben mengurai rona pastel.

CLARA FLAT

Sepatu jenis balerina ini berbeza dengan kebanyakan pilihan di pasaran kerana tirus tajam di bahagian depan. Julung kali di pentas peragaan musim luruh, potongan kasut ini dilihat mempunyai kontur dalam baldu mewah.

CLARA PUMP

Rekaannya menyerupai Clara Floral Pump, namun kemasan sepatu ini diperbuat daripada baldu. Rona gelap kasut bertumit ini cukup anggun bergaya jika dipadankan dengan gaun mewah paras lutut.

VIOLA PUMP

Tergolong dalam sepatu paling ideal untuk musim luruh kali ini, Viola Pump mempunyai keunikan tersendiri. Tumit segi tiganya nampak berkilat dan langsing tetapi menawarkan kestabilan kepada pemakai. Kemasan satin di luar menjadikan sepatu ini sesuai untuk digayakan tidak kira siang mahupun malam.

JOSEPHINE PUMP

Lihat saja bentuk menariknya! Sepatu ini cukup mempesonak­an untuk musim parti.

Reben sarat dengan susunan batu kristal di bahagian belakang sepatu bukan saja menonjolka­n langkah pemakai, malah membuatkan mereka nampak lebih berkeyakin­an serta elegan. Kemasan baldunya pula memberi sentuhan lebih mewah.

VIOLA BALLET FLAT

Sepatu balerina ini cukup manis digayakan bersama padanan kasual atau gaun polos paras lutut. Kemasan kasutnya diperbuat daripada fabrik satin dan dihiasi dengan riben baldu comel di bahagian depan. Sekalipun menawarkan potongan ringkas, namun sepatu ini cukup selesa dan fleksibel. Ia juga sesuai untuk kegunaan harian!

 ??  ?? CLARA FLAT
VIOLA BALLET FLAT
VIOLA PUMP
CLARA FLAT VIOLA BALLET FLAT VIOLA PUMP
 ??  ?? CLARA FLORAL PUMP
CLARA FLORAL PUMP
 ??  ?? CLARA PUMP
CLARA PUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia