Harian Metro

Musnah 103 kain rentang pinjaman along

-

September lalu.

“Siasatan lanjut turut mendapati dua daripada enam suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata, polis juga masih mengenal pasti sama ada suspek turut terbabit dengan jenayah curi kabel lain di sekitar daerah ini.

“Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri,” katanya. Miri: Kadar faedah serendah dua peratus sebulan, kelulusan segera dan pinjaman sehingga RM100,000. Itu antara tawaran sindiket pinjaman wang tidak berlesen menerusi kain rentang dipasang secara haram di bandar raya ini.

Bagaimanap­un, iklan sejak lebih sebulan lalu itu tidak bertahan lama selepas 103 kain rentang berkenaan dimusnahka­n dalam operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Majlis Bandar Raya Miri (MBM) di sekitar bandar ini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, operasi dari jam 8 pagi sehingga jam 2 petang itu membabitka­n kawasan di Permyjaya, e-Mart Tudan dan Sungai Tujuh Miri.

Menurutnya, semua kain rentang berkenaan diturunkan kerana ia dipasang tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan, malah perniagaan pinjaman wang yang diiklankan juga tidak berlesen.

“Pelbagai tawaran diberikan bagi menarik perhatian awam terutama mereka terdesak mendapatka­n wang,” katanya.

Katanya, dianggarka­n terdapat sekurang-kurang 20 sehingga 30 sindiket pinjaman wang yang menawarkan perniagaan mereka menerusi kain rentang berkenaan di daerah ini.

“Justeru, orang awam diingatkan tidak terpedaya dan tidak sama sekali terjerat dengan tawaran diberikan kerana ia bakal menjerat peminjam dengan kadar bunga tinggi,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kain rentang berkenaan dipasang di kawasan perniagaan kecil bagi menarik perhatian peniaga yang ingin memperoleh modal perniagaan secara mudah.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia