Harian Metro

SEMPAT JOLI 10 JAM

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Lelaki miliki 11 rekod jenayah lampau kebas rantai emas ditahan Terkejut dengan tindakan mendadak suspek itu, pekerja kedai menjerit meminta pertolonga­n, namun orang awam berada berhampira­n tidak sempat menahannya”

Abang Ahmad Abang Julai

Seorang lelaki yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau hanya sempat berjoli hasil rantai emas dicurinya tidak sampai 10 jam selepas dia ditahan sepasukan polis di sebuah restoran di Jalan Rock, di sini, malam kelmarin.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, jam 11.30 malam hasil risikan dan maklumat awam.

Menceritak­an semula kejadian itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas ke sebuah kedai emas di Jalan Market, di sini, jam

2.40 petang.

Menurutnya, wanita berusia 20 tahun yang bekerja di kedai emas berkenaan tidak dapat menghidu niat jahat suspek menuruti permintaan suspek yang mahu melihat rantai dianggarka­n bernilai RM8,300.

“Selepas beberapa minit melihat barangan kemas itu, suspek tiba-tiba melarikan diri bersama rantai emas itu menggunaka­n kereta yang menanti di luar premis dan dipandu seorang lelaki.

“Terkejut dengan tindakan suspek itu, pekerja kedai menjerit meminta pertolonga­n, namun orang awam berada berhampira­n tidak sempat menahannya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pekerja terbabit membuat laporan di Balai Polis Sentral untuk tindakan selanjutny­a daripada pihak berkuasa.

Katanya, suspek yang ditahan mempunyai 11 rekod jenayah lampau membabitka­n pelbagai kes kini direman untuk siasatan lanjut manakala usaha mengesan rakan jenayahnya masih diteruskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK (tengah) ditahan polis untuk siasatan lanjut.
SUSPEK (tengah) ditahan polis untuk siasatan lanjut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia