Harian Metro

NASIB ‘SIAL’ BERTAMBAH MALANG

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Satu sindiket penipuan didalangi tabib dari China dikenali sebagai Dr Goh dikesan aktif menawarkan khidmat membuang ‘sial’ di bandar raya ini menyebabka­n dua individu kerugian RM550,000.

Modus operandi sindiket itu menyasarka­n individu daripada golongan berada yang taksub dengan kepercayaa­n mereka bernasib malang.

Dr Goh mendakwa dia pakar mengubah nasib malang dan meminta individu terbabit membawa beg berisi barang kemas dan wang untuk ‘disucikan’ melalui ritual tertentu.

Difahamkan, selepas ritual itu, Dr Goh meminta mangsa tidak membuka beg itu selama tujuh hari.

Selepas tempoh itu tamat, mangsa membuka beg

Dua mangsa rugi RM550,000 diperdaya tabib penipu dari China

berkenaan dan mendapati kandungann­ya ditukar dengan barang makan seperti kicap, garam dan gula.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, setakat ini, pihaknya menerima dua laporan daripada mangsa Dr Goh termasuk wanita warga emas berusia 68 tahun, dalam kejadian antara 17 dan 27 September lalu.

Beliau berkata, berdasarka­n siasatan awal, pihaknya percaya ada sekurang-kurangnya tiga individu termasuk Dr Goh berperanan memperdaya­kan suspek.

 ??  ?? CHANDRA memeriksa barisan kawalan kehormat sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan IPD Kota Kinabalu, semalam.
CHANDRA memeriksa barisan kawalan kehormat sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan IPD Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia