Harian Metro

Impi RM7,000, lebur RM1,260

-

Limbang: Seorang pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di daerah ini kerugian RM1,260 selepas terpedaya dengan tawaran memenangi wang tunai kononnya peraduan dianjurkan syarikat telekomuni­kasi, Isnin lalu.

Remaja perempuan berusia 15 tahun itu pada mulanya menerima kiriman SMS daripada nombor tidak dikenali dan mendakwa mangsa memenangi RM7,000.

Mangsa yang gembira dengan ‘hadiah’ yang bakal diterima itu membalas SMS berkenaan untuk mendapatka­n maklumat yang membolehka­n dia menerima wang tunai seperti ditawarkan.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, melihat mangsa bakal ‘dijerat’, suspek meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun individu tertentu.

Menurutnya, wang berkenaan perlu dimasukkan terlebih dulu sebelum RM7,000 yang kononnya dimenangi mangsa dapat diberikan kepadanya menerusi tiga transaksi.

“Memandangk­an mangsa masih belajar dan tiada pendapatan, beliau meminta RM1,260 daripada ibunya untuk dimasukkan ke dalam akaun diberikan suspek.

“Namun, selepas berbuat demikian, mangsa belum menerima wang yang dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata, usaha menghubung­i suspek tidak berhasil menyebabka­n mangsa berasa tertipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Limbang.

 ??  ?? MOHD Bukhori
MOHD Bukhori

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia