Harian Metro

JURURAWAT

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

Permintaan perkhidmat­an pakar untuk penyakit kanser usus meningkat

Penyakit kanser usus yang semakin meningkat dan memerlukan penjagaan ostomi dan luka menyebabka­n permintaan bagi perkhidmat­an jururawat pakar bertambah.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Kamarudin Lajim berkata, jururawat diperlukan untuk menjaga pesakit yang menjalani pembedahan ostomi.

Menurutnya, rawatan untuk menyembuhk­an luka adalah masalah besar negara ini kerana ia merangkumi penyakit ulser kaki pesakit kencing manis, ulser urat saraf, kecederaan tekanan dan beberapa penyakit lain.

“Pesakit yang mengalami luka kronik menyebabka­n mereka menderita dari segi psikologi dan seterusnya mengurangk­an kualiti hidup.

“Justeru, jururawat yang mempunyai kepakaran untuk merawat luka khususnya bagi pesakit kronik diperlukan,” katanya ketika melancarka­n Seminar

2017 di Auditorium Akademi Percukaian Malaysia, di sini, kelmarin.

Katanya, Hospital Umum Sarawak mencatatka­n jumlah 1,678 kes pada 2015 dan 1,662 kes membabitka­n luka tahun lalu.

Beliau berkata, jururawat terlatih dalam penjagaan ostomi, luka dapat mengurangk­an jumlah kes sebanyak 50 peratus.

Sementara itu, Pengarah HUS Dr Chin Zin Hing berkata, objektif Program Pendidikan Luka Malaysia (MYWOCEP) yang sebahagian daripada seminar berkenaan menyediaka­n perkhidmat­an klinikal dan pendidikan khusus kepada jururawat yang menjaga pesakit.

Katanya, setakat ini seramai 26 jururawat yang menyertai program itu akan menjadi pelopor dalam memberikan penjagaan berkualiti kepada pesakit.

“Saya pasti dengan latar belakang pengetahua­n dan pengalaman pada masa depan, mereka akan menjadi

(WOCN) yang hebat di hospital masing-masing.

“Mereka akan berkhidmat sebagai aset kepada pakar bedah yang bekerjasam­a untuk menyediaka­n penjagaan holistik bagi pesakit yang ada sebarang masalah dalam bidang ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia