Harian Metro

Naib Presiden WARISAN bebas

-

Kota Kinabalu: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony, 46, semalam dibebaskan daripada tahanan reman berhubung siasatan kes penyelewen­gan RM1.5 bilion dana peruntukan Kementeria­n Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah di Sabah.

Peter dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada prosiding di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus yang dijalankan di sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Prosiding itu dijalankan di hospital berkenaan kerana Peter masih menerima rawatan akibat masalah kekurangan air dalam badan.

Cindy turut memerintah­kan Peter dikenakan jaminan RM50,000, tanpa deposit, oleh dua penjamin.

Pada prosiding itu,

SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin.

Peter sebelum ini ditahan reman selama lima hari pada 6 Oktober lalu, sebelum reman itu disambung semula tiga hari dan tamat semalam.

Ia bagi membantu siasatan kes mengikut 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Setakat ini, seramai tujuh individu termasuk empat ahli politik sudah ditahan reman di Sabah dan Putrajaya bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes berkenaan.

Di Sabah, individu yang ditahan reman termasuk Ketua Wira WARISAN Datuk Mohd Azis Jamman, 43.

Tiga lagi, Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar, 43; Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, 44, dan seorang lagi ahli perniagaan berusia 52 tahun.

 ??  ?? CINDY (kanan) dilihat keluar dari lobi hospital selepas menamatkan tempoh tahanan reman terhadap Peter.
CINDY (kanan) dilihat keluar dari lobi hospital selepas menamatkan tempoh tahanan reman terhadap Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia