Harian Metro

Cubaan culik berita palsu

-

Papar: Polis menafikan kejadian cubaan culik seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun oleh sekumpulan lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda di Taman Limau-Limauan, Kinarut, dekat sini, yang tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, berdasarka­n maklumat awal, kejadian itu kononnya berlaku pada jam 11 malam, Rabu lalu, di taman berkenaan.

Beliau berkata, dakwaan yang tular itu turut menyatakan mangsa memaklumka­n perkara itu kepada ahli keluargany­a dan seterusnya membuat laporan polis pada hari sama.

“Bagaimanap­un selepas siasatan lanjut, kita dapati dakwaan pengadu adalah palsu dan hanya rekaan semata-mata.

“Motif pengadu berbuat demikian hanyalah mahu menarik perhatian dan kita turut mendapati gadis itu tertekan dan mempunyai masalah peribadi dengan ibu bapanya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ladamah berkata, polis sudah memberi amaran kepada pengadu dan menasihatk­an orang ramai supaya berhenti daripada berkongsi maklumat palsu terbabit terutamany­a di laman sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp.

“Jangan tularkan sesuatu yang kita tidak pasti kesahihann­ya dan rujuklah kepada jabatan atau pihak bertanggun­gjawab bagi mengelak kekeliruan.

“Dalam kejadian ini, kami nasihatkan orang ramai terutamany­a penduduk di daerah Papar supaya tidak panik memandangk­an kejadian itu tidak pernah berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia