Harian Metro

ANGGUK DITUDUH MEMBUNUH

- Mohd Hafizee Mohd Arop dan Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Manjung

Seorang Laskar Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini, semalam atas dua pertuduhan membunuh dua anggota pasukan itu di padang Latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan September lalu.

Tertuduh, Mohd Izhrifikri Roslee, 29, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Nur Shaqira Ibrahim dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, di padang latihan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, jam 10.30 pagi hingga jam 3.20 petang, 29 September lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, di lokasi dan waktu yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan

Pengarah

Pendakwaan

Negeri Perak

Yusaini Amer

Abdul Karim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Turut bersama pada prosiding itu adalah peguam pemerhati daripada keluarga Allahyarha­m Muhammad Lailatulma­n iaitu Zalil Mohd Mess dan Farah Helmy.

Nur Shaqira kemudianny­a menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Laskar Kanan Hamzah Zakaria @ Ali, 35, pula didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n kecederaan kepada kedua-dua mangsa.

Manakala Laskar Kanan Mohd Farid Musa, 32, didakwa atas satu pertuduhan dengan menyebabka­n kecederaan kepada Nik Muhammad Baihaqy.

Hamzah didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di laluan hadapan Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan jam 10.30 pagi, 29 September lalu manakala Mohd

Farid melakukan kesalahan itu di Pejabat

Pengawal Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi, Sitiawan jam 12.30 tengah malam, 28 September lalu.

Kedua-duanya yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara atau maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Nur Shaqira kemudianny­a membenarka­n kedua-dua tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Zalil yang juga peguam mewakili keluarga Muhammad Lailatulma­n memohon kepada mahkamah untuk memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tentera namun Nur Shaqira menetapkan untuk kes itu disebut semula di mahkamah ini sebelum permohonan dibuat selepas semua dokumen

diperoleh.

Tiada pengakuan daripada Mohd Izhrifikri, dua lagi laskar kanan didakwa

sebabkan kecederaan

 ??  ?? MOHD Izhrifikri dan Hamzah diiringi anggota polis sejurus tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung, semalam. MOHD Farid didakwa atas satu pertuduhan menyebabka­n kecederaan kepada Nik Muhammad Baihaqy.
MOHD Izhrifikri dan Hamzah diiringi anggota polis sejurus tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung, semalam. MOHD Farid didakwa atas satu pertuduhan menyebabka­n kecederaan kepada Nik Muhammad Baihaqy.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia