Harian Metro

‘Kami mahu hukuman setimpal’

-

Kota Bharu: “Saya harap nasib kami terbela selepas kematian suami dan ketua keluarga akibat perbuatan tidak bertanggun­gjawab orang lain (suspek),” kata Nur Liya Asmira Yahya, 24, isteri kepada Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulma­n Mohd Shukri, 26, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Setiawan, Perak, September lalu.

Katanya, berikutan kejadian itu, bayinya, Aisyah Humaira yang berusia lima bulan tidak kenal ayahnya yang menemui ajal akibat dipukul dan didera.

“Kalau boleh, saya nak suspek menerima hukuman setimpal kerana menyebabka­n anak saya menjadi yatim ketika masih bayi.

“Saya harapkan keputusan yang adil dibuat, memandangk­an kami hilang tempat bergantung dalam sekelip mata,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nur Liya Asmira yang tinggal di Kampung Bagus, Rantau Panjang berkata, dia masih terkesan dengan tragedi kematian arwah suaminya itu.

 ??  ?? NUR Liya tuntut keadilan untuk Aisyah yatim ketiadaan bapa.
NUR Liya tuntut keadilan untuk Aisyah yatim ketiadaan bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia