Harian Metro

SERANGUP MURUKU

 Pasangan warga emas tak menang tangan siapkan makanan tradisiona­l sempena Deepavali

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Setiap kali menjelang Deepavali, pasangan suami isteri warga emas di Taman Shahzan di sini, sanggup bersengkan­g mata hingga awal pagi untuk menyiapkan tempahan muruku pelanggann­ya.

Pasangan berkenaan, A Jayachanth­iran dan M Thivanney, masing-masing berusia 60 tahun sudah melakukan rutin itu sejak 18 tahun lalu dibantu anak mereka, Prakash Kumar, 37, yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pendengara­n dan percakapan.

Menurut Jayachanth­iran, hingga kini, dia sudah memperoleh tempahan lebih 40 tin muruku dari seluruh negara termasuk negara jiran, Singapura.

“Saya terpaksa mengubah suai ruang hadapan rumah dengan meletakkan kuali besar untuk menggoreng muruku dan membungkus makanan tradisiona­l ini.

“Kuih ini saya hanya mengambil tempahan seminggu sebelum Deepavali bagi memastikan kerangupan­nya ketika ia dihantar kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, walaupun setiap tahun dia akan duduk bersama keluarga untuk menyiapkan tempahan namun tahun ini agak berbeza kerana ada tambahan tempahan daripada restoran dan kedai menjual barangan perayaan Deepavali.

“Hingga hari ini, saya sudah gunakan lebih 50 kilogram tepung untuk siapkan adunan bagi membuat muruku untuk tempahan Deepavali,” katanya.

 ??  ?? MURUKU yang dihasilkan Jayachanth­iran mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
MURUKU yang dihasilkan Jayachanth­iran mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
 ??  ?? PENDUDUK setempat turut membantu Jayachanth­iran membuat muruku.
PENDUDUK setempat turut membantu Jayachanth­iran membuat muruku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia