Harian Metro

RAKAN KONGSI PENTING

-

Airbus adalah pembekal utama pesawat penumpang ke Malaysia dengan jumlah tempahan 713 pesawat. Selain itu, Malaysia juga adalah pasaran ketiga terbesar Airbus di Asia Pasifik selepas China dan India.

Hubungan Airbus dan Malaysia bermula Ogos 1978 apabila Penerbanga­n Malaysia membuat pesanan pertamanya A300B4.

Ia menjadikan Malaysia pelanggan terawal membeli pesawat dari syarikat yang berpangkal­an di Eropah itu. Kini, Penerbanga­n Malaysia Berhad (MAB) memiliki 15 pesawat penumpang A330-300 dan tiga pesawat kargo A330-200F yang beroperasi di bawah MASkargo.

MAB juga memiliki enam pesawat terbesar A380 yang digunakan untuk penerbanga­n tanpa henti ke London.

Terbaru, enam pesawat A350-900 berbadan lebar yang dipajak dari Air Lease

Corporatio­n (ALC) akan tiba di tanah air antara Disember ini hingga Jun tahun depan.

Ia dianggap pesawat generasi baru yang memiliki pelbagai ciri keselesaan untuk pelanggan daripada kelas pertama, perniagaan, ekonomi premium serta ekonomi.

Malah, syarikat tambang murah AirAsia juga adalah pelanggan terbesar Airbus untuk pesawat A321neo yang ditempah pada Farnboroug­h Airshow 2016.

Tempahan itu menjadikan jumlah pesawat dalam keluarga A320 AirAsia bertambah kepada 578 unit.

Naib Presiden Pemasaran Airbus Asia dan Amerika Utara, Joost van der Heijdem berkata, Malaysia adalah rakan kongsi industri penting bagi Airbus di Asia dengan pembekal bekerjasam­a dengan pelbagai program pesawat.

Beliau berkata, setiap pesawat Airbus di seluruh dunia hari ini memiliki bahagian atau komponen yang dibuat di Malaysia.

Sehingga kini, ada 12 syarikat pembekal komponen atau bahagian di Malaysia termasuk CTRM, Spirit Aerospace dan SME Aerospace.

“Pembabitan syarikat itu mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan untuk warga tempatan dan menyumbang lebih RM1.2 bilion setahun kepada ekonomi negara,” katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan ke kilang Airbus di Toulouse, Perancis.

Menurutnya, sumbangan Airbus dalam ekonomi Malaysia dijangka meningkat 25 peratus daripada sedia ada kepada RM1.5 bilion menjelang 2021.

Selain pesawat komersial, Airbus juga membekalka­n empat pesawat A400M untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Malaysia pasaran ke-3 terbesar Airbus di Asia Pasifik dengan jumlah tempahan 713 pesawat

Joost

Setiap pesawat Airbus hari ini memiliki komponen dibuat

di Malaysia

 ??  ?? KINI MAB memiliki enam pesawat A380 yang digunakan untuk penerbanga­n tanpa henti ke London.
KINI MAB memiliki enam pesawat A380 yang digunakan untuk penerbanga­n tanpa henti ke London.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia