Harian Metro

30 mengamuk depan balai polis

-

Georgetown: Sekumpulan 30 lelaki mengamuk dan memukul empat anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan di depan Balai Polis Lebuh Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam, seorang anggota polis berusia 23 tahun luka di perut namun keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut sumber, ketika kejadian, anggota polis yang bertugas di pos kawalan melihat pergaduhan sekumpulan 30 lelaki dan cuba meleraikan­nya.

“Bagaimanap­un, kumpulan lelaki itu langsung tidak mengendahk­an arahan anggota polis terbabit, sebaliknya bertindak ganas dengan memukul mangsa.

“Tiga anggota polis lain cuba membantu mangsa, namun mereka turut dibelasah,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, polis menahan sembilan suspek dan hasil siasatan mendapati mereka sebelum itu terbabit pergaduan berhampira­n kedai serbaneka di Queensbay.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai dan suspek yang tidak berpuas hati datang ke depan balai sebelum berlaku pergaduhan.

“Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, namun ada beberapa saksi melihat kejadian itu dan akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia