Harian Metro

ZAHIR CINTA NEGARA

- Isma Ismail isma@hmetro.com.my

20,000 banjiri siri jelajah Ekspresi Negaraku

Dungun

Generasi muda menganggap penganjura­n siri jelajah program kenegaraan Ekspresi Negaraku boleh membangkit­kan semangat mereka, sekali gus memperkuku­hkan rasa kecintaan kepada negara.

Kehadiran program berkenaan di Terengganu membuatkan kira-kira 20,000 orang membanjiri Dataran Dewan Merdeka, di sini, semalam kerana tidak mahu melepaskan peluang menyertain­ya sebagai menzahirka­n semangat patriotism­e masing-masing, selain turut mengikuti aktiviti yang berlangsun­g di tapak acara seawal jam 6 pagi.

Acara bermula dengan senaman FIT Malaysia sebelum Larian Bendera Negaraku yang disertai kira-kira 7,000 peserta yang dilepaskan Pengerusi Jawatankua­sa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat.

Siri jelajah kelima itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Pengerusi Sekretaria­t Ekspresi Negaraku dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Malah, kehadiran Ikon Negaraku yang berasal dari Terengganu termasuk Haziqah Nurulhuda Harian, 21, Fatehah Mustapa (atlet berbasikal trek negara) dan Saripah Embong (Ikon Guru 2017) turut menceriaka­n pengunjung apabila berpeluang untuk berswafoto dengan mereka.

Sempena Hari Sukan Negara 2017 yang dilaksanak­an serentak di seluruh negara semalam, pelbagai aktiviti bercorak kesukanan turut diadakan.

Inisiatif Pasport Negaraku yang mendapat sambutan hangat dalam siri jelajah Ekspresi Negaraku sebelum ini diteruskan di Terengganu dengan pengunjung dikehendak­i melawat gerai pameran bagi mendapatka­n maklumat serta melengkapk­annya, sekali gus melayakkan mereka mendapat hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah serta cenderahat­i eksklusif.

Haziqah yang juga Ikon Belia Terengganu 2017, berkata, dia sebagai generasi muda benar-benar teruja apabila berpeluang terbabit

 ??  ?? EMY Fazliza Mohd Faidzul meluahkan kecintaann­ya dengan melukis. SIRI jelajah program kenegaraan Ekspresi Negaraku diadakan serentak dengan Hari Sukan Negara 2017 di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, semalam.
PASPORT Negaraku yang dikeluarka­n khas sempena...
EMY Fazliza Mohd Faidzul meluahkan kecintaann­ya dengan melukis. SIRI jelajah program kenegaraan Ekspresi Negaraku diadakan serentak dengan Hari Sukan Negara 2017 di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, semalam. PASPORT Negaraku yang dikeluarka­n khas sempena...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia