Harian Metro

WAJAH SAMA NAMA BERBEZA

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Wajah masih sama tetapi nama berbeza. Itu taktik diguna pakai wanita pelacur dan tukang urut seks yang dikesan menggunaka­n nama dan identiti baru untuk memasuki semula negara ini selepas diusir pihak imigresen.

Kebanyakan mereka pernah diberkas atas kesalahan menggunaka­n permit pembantu rumah untuk bekerja secara haram di rumah urut atau menjadi pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan.

Sebaik diusir dari Malaysia, masing-masing akan pulang ke negara asal iaitu Indonesia, Filipina dan Vietnam serta menggunaka­n khidmat sindiket untuk mengubah identiti masing masing.

Mereka kemudian masuk semula ke Malaysia dengan menggunaka­n pasport baru diperolehi daripada sindiket dalam tempoh tiga hingga lima bulan kemudian.

Taktik licik itu bagaimanap­un terbongkar hasil risikan dan tangkapan dilakukan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Risikan mendapati ada antara wanita warga asing yang ditahan pernah diberkas sebelum ini namun mengulangi kesalahan mereka dengan bekerja tanpa permit kerja sah.

Difahamkan, mereka sudah diusir keluar dari negara ini namun masuk semula dengan menukar identiti pengenalan diri termasuk nama dan tarikh lahir.

Dalam operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad, seramai 15 wanita warga asing yang bekerja di tiga pusat kesihatan dan refleksolo­gi yang menawarkan urutan

(B2B) dan seks di sekitar Jalan Klang Lama,

Pelacur, GRO warga asing pernah diusir guna identiti berlainan masuk semula ke Malaysia

di sini, diberkas.

Jurucakap JIM berkata, meskipun operasi dijalankan setiap hari oleh agensi berkenaan, masih ada pusat urut atau spa ini beroperasi semula kerana tiada tindakan susulan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, agensi penguatkua­saan undang-undang selain imigresen perlu menangani isu ini secara bersepadu. “Kita perlu memutuskan rantaian kesalahan. Maknanya, kalau kesalahan itu di bawah JIM, ia akan dikuatkuas­akan pihak kami. “Kalau di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), mereka perlu mengambil tindakan juga. Jika membabitka­n jenayah, kita ada polis, maritim dan agensi lain.

“Antaranya syarat buka spa atau rumah urut perlu ada tirai dan katil urut bukannya bilik bertutup atau berkunci atau tilam di lantai,” katanya.

 ??  ?? ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di tiga premis di Jalan Klang Lama, semalam.
ANTARA wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di tiga premis di Jalan Klang Lama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia