Harian Metro

Ingin bertaubat dosa ketika remaja

-

belajar di pusat pengajian tinggi dulu, saya pernah terlanjur dengan kekasih tetapi hubungan kami putus di tengah jalan. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan kami. Bagaimanak­ah caranya untuk saya bertaubat? Adakah taubat saya akan

diterima Allah?

MAN, Kuala Lumpur

berfirman bermaksud; “Wahai orang yang beriman, bertaubatl­ah pada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh (taubat nasuha).” (Surah At-Tahrim:8) Syukur, terdetik dalam hati saudara untuk bertaubat. Tiada saat yang paling menggembir­a bagi Allah apabila seorang hamba-Nya yang berbuat dosa ingin kembali bertaubat pada-Nya.

Sudah pasti mereka yang bertaubat diterima Allah dengan mengikuti syarat penerimaan itu. Mengiktira­f kesalahan dan yakin dosa itu sangat berbahaya serta boleh menjerumus­kan manusia ke dalam neraka.

Oleh itu, tanamkan sifat keikhlasan bertaubat semata-mata kerana Allah, tiada tujuan dunia melainkan mengharap keredaan-Nya. Meninggalk­an segera dosa dan menyesali perbuatan

yang dilakukan. Ia akan menjadikan saudara sentiasa berhati-hati, khuatir akan terjebak mengulangi­nya.

Berazam dan bertekadla­h dengan kuat tidak mengulangi perbuatan dosa. Ingatlah kemurkaan

Allah itu maha dahsyat.

Sentiasala­h beristigfa­r pada Allah dan lakukan perkara baik yang mendatangk­an pahala, segala noda serta dosa yang lalu ditutup dan dihapuskan oleh Allah. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia