Harian Metro

USAH JEMU CARI REZEKI HALAL

-

“Sesungguhn­ya roh alQudus telah datang kepada aku memberitah­u seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah kepadanya.

“Maka takutlah pada

Allah SWT dan berusahala­h dengan baik dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong buat kamu melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhn­ya rezeki Allah tidak akan dapat diperoleh melainkan dengan cara ketaatan.” (Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani)

Setiap makhluk di atas muka bumi ini rezekinya sudah tertulis sama ada manusia, haiwan dan tumbuhtumb­uhan. Sebagai manusia, kita digalakkan berusaha mencari rezeki halal dan diredai Allah.

Rezeki saya dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha. Kemudian dibesarkan dengan cara hidup berbeza dengan penganut Islam. Segala makanan yang dilarang oleh Islam, saya makan.

Haram saya makan ketika itu adalah rezeki saya. Mungkin pelik apabila saya kata, itu rezeki saya. Namun, saya percaya ada hikmah kenapa dapat makan makanan haram buat orang Islam ketika saya belum kembali pada fitrah.

Kaum Cina sedia maklum memang suka main judi. Bagi kaum Cina, bermain judi satu hiburan dan boleh memberi keuntungan andai tuah menyebelah­i mereka.

Kami sering bermain mahjong ketika sambutan Tahun Baru Cina untuk mengeratka­n hubungan kami sekeluarga. Begitupun saya ada pengalaman melihat bapa saudara yang kuat berjudi.

Dia sangat berjaya dalam perniagaan­nya. Setiap kali main judi, pasti menang. Duit daripada menang judi itu dijadikan modal perniagaan bagi memperkemb­angkan lagi perniagaan­nya.

Namun langit tidak selalu cerah. Pertaruhan­nya kali ini tidak menyebelah­i pak cik saya. Tidak puas hati dengan kekalahan pertaruhan­nya, dipertaruh­kan sekali lagi dengan mengeluark­an duit simpanan dengan jumlah yang banyak.

Malangnya kalah juga. Kecewa dengan kekalahan yang teruk, dicubanya lagi dan lagi sehingga perniagaan­nya dipertaruh­kan serta rumah dan kereta mewahnya juga dijual kerana judi.

Akibat peristiwa itu, telah memberi kesan kerana berlaku di depan mata. Dalam hati saya tekad; “aku tak mahu main judi jadi seperti bapa saudara aku.” Rezeki yang singkat seperti main judi memang tidak berkat.

Apa yang berlaku pada diri kita adalah tanggungja­wab sendiri. Kita ada pilihan ingin mencari rezeki sama ada halal atau sebaliknya.

Menjadi penghibur dalam bidang seni bukanlah tiket untuk mencari kemewahan dan kesenangan. Ketika ada orang minat, insya-Allah rezeki itu adalah tawaran dalam bidang hiburan ini.

Jika kita perhatikan sekarang, dalam kalangan artis di Malaysia sudah ramai yang berjinak-jinak dengan bidang perniagaan untuk menampung hidup. Banyak hikmahnya berniaga dalam Islam.

Sebagai penjual, kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah dengan mengikut apa yang telah disyariatk­an, serta dapat berniaga dengan aman tanpa berlakunya khianat antara satu sama lain. Pada pihak pembeli pula berpuas hati dengan urus niaga yang dijalankan kerana peniaga menjalanka­n urusan mengikut syariat Islam.

Mendapat keredaan dan rahmat daripada Allah kerana urus niaga berlandask­an syariat Islam. Terhindar daripada seksaan api neraka.

Pasti ia dapat meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi negara ke tahap yang lebih baik. Dapat menarik pelabur asing untuk melabur dalam ekonomi negara. Menggalakk­an persaingan ekonomi sihat sesama negara Islam.

Pandai-pandailah kita mencari sumber rezeki, selagi ia halal dan menepati syarak, insya-Allah. Memang tidak mudah mahu memulakan perniagaan contohnya seperti saya seorang artis yang tiada asas dalam bidang perniagaan.

Bagaimanap­un, jika berusaha dari bawah tanpa rasa malu, insya-Allah akan luas jalan kita.

Daripada Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatk­an bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula memintamin­ta daripada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang.

“Dan sesiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki, kemudian dia meminta pada Allah maka Allah menyediaka­n untuknya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatka­n sedikit.” (HR Tirmizi)

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia