Harian Metro

Yakin sumber rezeki, hilang hasad dengki

-

Tidak ada suatu pun makhluk yang bergerak (bernyawa) di muka bumi, melainkan semuanya dijamin rezeki oleh Allah. Dia mengetahui tempat kediamanny­a dan tempat penyimpana­nnya. Semuanya (tertulis) dalam kitab yang nyata (Luh mahfuz) (Surah Hud ayat 6). Tidak ada makhluk yang hidup di atas bumi ini melainkan, rezekinya dijamin oleh Allah.

Seperti mana makanan yang menjadi rezeki kita adalah yang sedang kita makan dan masuk ke dalam mulut kita. Makanan yang belum masuk ke dalam mulut bermakna bukan rezeki kita. Misalnya, ketika kita berhadapan dengan makanan tiba- tiba makanan itu tumpah, maka itu bukan rezeki kita.

Berkata ulama besar, Imam Haddad: “Yang Allah tentukan kepada orang lain tidak akan sampai kepada kamu, yang sudah ditentukan oleh Allah kepada kamu pasti akan sampai kepada kamu. Maka setiap orang yang beriman akan faham ketika dia mendapat rezeki walaupun zahirnya tidak cukup tetapi dia mesti mempunyai sifat menerima, ini saja rezeki saya.”

Sekiranya tidak cukup, dia akan berusaha lagi tetapi tidaklah sampai mengatakan sesuatu ungkapan yang tidak sepatutnya seperti menyalahka­n takdir atau orang lain. Yakinlah bahawa rezeki adalah milik Allah dan ia tidak pernah salah alamat. Cuba bayangkan, ulat dalam batu pun ada rezekinya, inikan pula kita.

Setiap rezeki kita memang sudah cukup dan sesuai dengan keperluan kita. Semuanya dalam ilmu Allah. Tiada siapa yang dapat mengambil apa yang ditakdirka­n rezeki kita dan tiada siapa yang dapat memberikan rezeki tanpa izin Allah. Sekiranya semua manusia yakin dengan konsep rezeki, pasti tidak akan timbul perasaan hasad dengki sesama saudara kita.

Makna hasad ialah tidak mengingink­an orang lain mendapat nikmat. Tidak juga akan timbul sifat ingin jatuh-menjatuhka­n dan melakukan sesuatu perkara menyakiti hati orang lain.

Orang yang hasad adalah musuh daripada nikmat Allah kerana ia tidak mengingink­an orang lain mendapatka­n nikmat.

Dia inginkan kenikmatan hilang daripada orang itu. Orang yang hasad adalah mereka yang tidak reda terhadap takdir Allah. Daripada Abu Hurairah ra: “Rasulullah SAW bersabda; ‘Janganlah kalian saling berdengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara.

“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimin­ya dan mengabaika­nnya, tidak mendustaka­nnya dan tidak menghinany­a. Takwa itu di sini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang Muslim dikatakan buruk seandai dia menghina saudaranya yang Muslim.

“Setiap Muslim atas Muslim yang lain, haram darahnya, hartanya dan kehormatan­nya.” ( HR Muslim )

Justeru, sebagai orang Muslim kita perlu menunjukka­n akhlak yang baik kepada orang lain. Sifat hasad dengki dengan mengadu domba dan melakukan sesuatu perkara yang berniat jahat pada saudara Islam harus dielakkan.

Kemungkina­n kita berusaha untuk menggambar­kan keburukan seseorang, hakikatnya kita sedang memburukka­n diri sendiri dengan sikap dan akhlak yang kita yang sanggup memburukka­n orang lain. Sepatutnya, sebagai umat Islam, kita sedar rezeki datang daripada Allah yang Maha Pemurah.

Allah punca segala rezeki. Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah. Tiada siapa pula yang boleh mencapai rezeki kecuali dengan izin-Nya. Jika

Allah mengizinka­n seseorang mendapat rezeki, maka rezeki itu akan datang padanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.

Jika Allah tidak mengizinka­n seseorang mendapat rezeki, tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat, jin, syaitan dan manusia cuba menyampaik­an rezeki itu. Dalam Islam juga tidak ada istilah rezekimu akan diambil orang lain.

Namun, apa yang pasti kita diajar agar berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh, mempunyai ilmu serta kembangkan­nya. Allah amat mencintai hambanya yang berusaha selepas itu bertawakka­l dan Allah memberi jaminan kepada manusia yang bersyukur dengan pemberiann­ya pasti ditambah nikmat itu.

Firman Allah: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitah­u: “Demi sesungguhn­ya, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhn­ya, jika kamu kufur ingkar sesungguhn­ya azabku amat keras.” (Surah

Ibrahim ayat 7).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia