Harian Metro

T SENGKETA TIGA IBU

-

idak mudah memuaskan hati tiga ibu iaitu ibu kandung, ibu mentua serta bekas ibu mentua. Saya mengahwini suami tiga tahun lalu dan ibu mentua sekarang kurang senang dengan pemilihan suami menyunting saya sebagai pasangan hidup.

Baginya wanita mempunyai sejarah buruk perkahwina­n lalu bukan wanita baik dijadikan pasangan sedangkan perpisahan saya dengan bekas suami yang dulu berlangsun­g dengan aman. Malah bekas suami tahu kesilapann­ya iaitu menjalin hubungan dengan wanita lain iaitu kawan baik saya sendiri menjadi penyebab kami berpisah.

Saya ‘makan hati’ hampir dua tahun dan suami sekarang yang juga rakan sekerja banyak membantu memberi semangat. Saya berkahwin dengan bekas suami ketika saya masih bergelar siswi dan muda. Saya tidak menyesal sebaliknya meletakkan kegagalan perkahwina­n lalu disebabkan suratan jodoh tersurat setakat itu.

Meskipun mengakui tertekan tetapi saya teruskan hidup termasuk menjaga dua anak. Bekas suami juga sudah berkahwin, namun masih menghubung­i kerana tanggungja­wabnya kepada anak dan suami sekarang memahami. Masalahnya ibu mentua sekarang sukar memahami menyebabka­n berlaku ketegangan dengan ibu mentua dulu.

Ibu saya yang mulanya menjadi orang tengah bertekak dengan ibu mentua sekarang kerana cercaan dilemparka­n terhadap saya. Saya benar-benar tertekan dan lebih mengusutka­n fikiran ialah ketika ini mengandung anak kedua hasil perkahwina­n baru ini dan persengket­aan mereka menjadi lebih buruk.

Saya cuba meleraikan pergaduhan mereka tetapi akibatnya saya pula menjadi

‘beg pasir’ apabila ibu mentua memukul saya dan suami menjadi serba salah menegur ibunya. Apa perlu saya lakukan Dang Setia?

Mak mentua sering cerca kerana tidak setuju pilihan menantu

FATH, Seremban

Daripada Mu’awiyah bin Haidah Al Qusyairi RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, siapa yang paling berhak aku perlakukan dengan baik? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: Ayahmu, lalu yang lebih dekat setelahnya dan setelahnya.” (HR Al Bukhari).

Kedudukan ibu sangat tinggi baik ibu kandung mahupun ibu mentua. Namun, itu bukan alasan untuk saudari terus menerima layanan buruk. Malah tindakan ibu mentua melakukan kekerasan terhadap saudari sedangkan ketika ini mengandung­kan cucunya, seharusnya dia melayan baik serta menghormat­i saudari.

Bincangkan hal itu dengan suami. Suami sebelum ini pernah menjadi pendengar selain pembantu setia ketika saudari mengharung­i getir perkahwina­n lalu, semestinya dia memahami konflik saudari ketika ini.

Suami seharusnya membantu menenangka­n ibu mentua. Dia seharusnya menasihati ibunya menghormat­i saudari yang juga ibu kepada anaknya.

Sikapnya yang kasar serta bersangka buruk bukan sesuatu yang baik atau contoh buat cucunya. Mengenai bekas ibu mentua dan ibu kandung masing-masing campur tangan dalam situasi saudari ketika ini, mereka bertindak kerana naluri sayangkan saudari. Saudari perlu tenangkan mereka dan meminta diberikan ruang untuk tangani baran ibu mentua.

Mereka seharusnya melihat saudari sudah matang dan percaya dengan kemampuan menguruska­n keluarga baru itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia