Harian Metro

SITI TIMBA ILMU MISI PBB

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

ATM menyertai misi itu bagi mengambil alih tugas pasukan MALBATT 4 menjalanka­n operasi menjaga keamanan.

“Ketika itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin menyandang Panglima Angkatan Bersama bagi misi terbabit.

“Saya pula ditugaskan sebagai Pegawai Informasi Awam dan sewaktu di negara terbabit saya cuba menyesuaik­an diri dengan suasana, cuaca, makanan serta budaya masyarakat di negara itu.

“Tambahan pula, pasukan tiba di negara terbabit pada musim sejuk ketika mana suhunya dua darjah Celsius bawah tahap beku dan dapat merasai pengalaman bermain salji,” katanya.

Siti Nurazimah yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berkata, suasana di negara bergolak terbabit juga jauh berbeza dengan tanah air yang mana kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah memegang senjata api.

“Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi antaranya pasukan kami ditahan penduduk sewaktu mahu mengadakan program di sebuah kampung.”

“Selain itu, terdapat pesawat udara yang tidak dikenal pasti berlegar-legar di ruang udara berdekatan lokasi kami seolah-olah sedang meninjau kawasan.

“Pasukan kami diarahkan untuk berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkina­n tetapi mujurlah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Siti Nurazimah berkata, sewaktu misi terbabit terdapat seorang anggota maut ketika bertugas kerana kemalangan ketika menunda kenderaan perisai, namun kejadian terbabit tidak mematahkan semangatny­a untuk meneruskan khidmat dalam misi berkenaam.

“Misi ini juga banyak memberikan pengalaman baru buat saya terutamany­a apabila ditugaskan sebagai Pegawai Informasi Awam, yang mana saya perlu mengendali­kan program serta bertemu dengan masyarakat termasuk ketua kampung.

“Antara program dilaksanak­an adalah mengenai penjagaan kesihatan dan perubatan menerusi program

Jiwa Murni yang turut dilaksanak­an di sekolah, sambutan Hari Ibu dan sebagainya.

“Untuk itu, saya perlu berkomunik­asi dengan pemimpin setiap kawasan dan penduduk bagi mengadakan program terbabit serta perlu memahami budaya atau adat mereka bagi memastikan aktiviti dianjurkan berjalan dengan baik,” katanya.

Katanya, menerusi misi terbabit pasukannya berpeluang menjalani latihan bersama tentera batalion lain antaranya latihan pertahanan perubatan bersama tentera Finland.

Katanya, latihan bersama itu amat bermakna buatnya kerana dapat berkongsi pengalaman dan cara kerja dengan pegawai serta anggota tentera negara asing.

“Saya akan aplikasika­n segala pengalaman yang diperoleh itu dalam melaksanak­an tugas dengan baik untuk negara.

“Sekiranya terpilih lagi menyertai misi sudah pasti saya tidak menolaknya kerana ia dapat memberikan pelbagai pengalaman dan ilmu bermanfaat buat saya,” katanya.

 ??  ?? SITI Nurazimah bersama tentera Ghana sewaktu latihan bersama.
SITI Nurazimah bersama tentera Ghana sewaktu latihan bersama.
 ??  ?? SITI Nurazimah bersama kanak-kanak Lubnan sewaktu program
Jiwa Murni.
SITI Nurazimah bersama kanak-kanak Lubnan sewaktu program Jiwa Murni.
 ??  ?? SITI Nurazimah bersama rakan sewaktu menganggot­ai MALBATT 5.
SITI Nurazimah bersama rakan sewaktu menganggot­ai MALBATT 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia