Harian Metro

SETIA DI HATI PELANGGAN

-

 Nestle terus keluar produk bukan sahaja berkhasiat tetapi juga harga berpatutan

garam sebanyak 10 peratus dan gula lima peratus menjelang 2020 dalam produknya.

Kata Hofbauer, berbekalka­n teknologi terkini, produk dihasilkan perlu sentiasa berubah, selamat dan berkualiti.

“Dengan ini, orang ramai bukan saja dapat menikmati makanan lebih enak, malah kaya dengan keperluan nutrisi tambahan.

“Secawan minuman kegemaran ramai iaitu

Milo contohnya kini hanya mengandung­i lebih kurang dua sudu teh gula manakala

Maggi Kari pula mengandung­i kandungan garam yang dikurangka­n sebanyak 31 peratus.

“Semua itu menunjukka­n komitmen kami mengeluark­an produk makanan serta minuman yang bukan saja sedap, malah lebih sihat,” katanya.

Dalam pada itu, untuk mempromosi dan menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, Nestlé melaksanak­an pelbagai program antaranya Hari Sarapan Milo Malaysia, Pertanding­an Memasak Sekolah Menengah Maggi serta pelbagai program sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Pemakanan Malaysia dan beberapa kementeria­n termasuk agensi kerajaan tempatan.

Kata Hofbauer, untuk Hari Sarapan Milo Malaysia contohnya, berjaya menarik lebih 120,000 penyertaan sejak diadakan tiga tahun lalu.

“Selain itu, 300,000 remaja di seluruh negara menyertai Pertanding­an Memasak Sekolah Menengah Maggi sejak pertanding­an itu diadakan lebih 21 tahun lalu.

“Pertanding­an yang disokong Kementeria­n Pendidikan Malaysia itu diadakan bagi memupuk minat remaja menyediaka­n sajian di rumah, menimba ilmu, kemahiran mengenai makanan serta mengamalka­n pemakanan sihat dan berkhasiat.

“Untuk kesihatan pula, Nestlé bekerjasam­a dengan

Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Yayasan Jantung Malaysia dalam menjayakan Hari Jantung Sedunia dengan jumlah penyertaan melebihi 50,000 peserta,” katanya.

Hofbauer berkata, sehingga kini ada 500 produk Nestlé di pasaran Malaysia dan pihaknya meletakkan sasaran memperkena­lkan 15 produk baru setahun.

Menurutnya, pengeluara­n produk Nestlé di kilang di negara ini bukan saja untuk pasaran tempatan, tetapi dieksport ke luar negara.

Katanya, Nestlé Malaysia pengekspor­t makanan kedua terbesar selepas Nestle Amerika Syarikat (USA) dan produk dihasilkan di negara ini dieksport ke lebih 50 negara di seluruh dunia.

“Semua produk keluaran Nestlé (Malaysia) diiktiraf halal oleh Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) manakala Pensijilan Halal Malaysia amat bernilai dan diperakui di seluruh dunia.

“Lebih istimewa, kami di Nestlé membabitka­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai pembekal di mana setakat ini terdapat 500 petani memasarkan hasil tanaman kepada Nestlé, sekali gus membantu menjana ekonomi mereka.

“Nestlé bukan syarikat mengutamak­an keuntungan semata-mata sebaliknya percaya kepada konsep berkongsi kebaikan dan memberi kesejahter­aan untuk semua,” katanya.

 ??  ?? ALOIS menunjukka­n produk popular keluaran Nestlé.
ALOIS menunjukka­n produk popular keluaran Nestlé.
 ??  ??
 ??  ?? PRODUK keluaran Nestle tepati standard piawaian makanan ditetapkan WHO.
PRODUK keluaran Nestle tepati standard piawaian makanan ditetapkan WHO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia