Harian Metro

MAHU SIAP IKUT JADUAL

- Ramli Ibrahim am@hmetro.com.my

Jambatan sementara ditenggela­mi air jejas keselamata­n

Kekerapan jambatan sementara Kampung Pulau Setelu di sini, tenggelam ketika hujan lebat dan banjir akan diselesaik­an sepenuhnya tahun depan.

Perkara terbabit menyulitka­n ribuan pengguna jambatan berkenaan yang menghubung­kan laluan dari Gua Musang ke Jeli.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata, jambatan konkrit dibina dengan kos RM36.7 juta merentasi Sungai Nenggiri.

Katanya, jambatan itu siap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

“Bagi memastikan jambatan siap mengikut jadual, kami membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

“Saya bimbang dengan keselamata­n penduduk yang menggunaka­n jambatan sementara terutama ketika hujan lebat kerana ia berbahaya apatah lagi jika jambatan ditenggela­mi air. “Kami harap jambatan baru siap mengikut jadual,” katanya ditemui selepas meninjau pembinaan jambatan konkrit Kampung Pulau Setelu, semalam.

Jambatan baru itu dibina selepas jambatan konkrit runtuh ketika banjir besar pada Disember 2014.

Ab Aziz yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata, kerajaan sentiasa mengutamak­an keselamata­n dan berusaha menyelesai­kan masalah jalan perhubunga­n bagi kemudahan penduduk.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, jambatan sementara Kampung Pulau Setelu tenggelam Khamis lalu, selepas hujan lebat hingga menjejaska­n rutin orang ramai.

 ?? FOTO: RAMLI IBRAHIM ?? JAMBATAN konkrit yang dalam pembinaan di Kampung Pulau Setelu.
FOTO: RAMLI IBRAHIM JAMBATAN konkrit yang dalam pembinaan di Kampung Pulau Setelu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia