Harian Metro

Rumah baru siap baik pulih hangus pula

-

Seorang wanita warga emas sedih kerana rumahnya di Kampung Sungai Ular di sini yang baru siap dibaik pulih selepas dilanda ribut tahun lalu hangus dijilat api, 7 Oktober lalu.

Zaharah Ishak, 65, reda dengan ujian itu menyebabka­n dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

“Rumah dibina enam tahun lalu. Tahun lalu kami diuji dengan kejadian ribut menyebabka­n bumbungnya rosak.

“Apabila bumbung sudah dibaiki, rumah hangus dijilat api pula,” katanya, semalam.

Katanya, ketika kejadian jam 9.30 malam, tiada sesiapa di rumah kerana masing-masing ada urusan luar.

“Saya tinggal bersama adik, Ramlah yang berusia 62 dan anak ketiga, Khairul Zamri

Abu Bakar, 32.

“Tiada apa yang dapat diselamatk­an dan kini, saya menumpang di rumah adik-beradik.

“Kami berusaha mencari kediaman lain kerana tidak mahu menyusahka­n adik-beradik,” katanya.

Dugaan yang menimpa Zaharah dan keluarga mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid.

Pada lawatan itu, beliau menyerahka­n sumbangan RM1,000 daripada tabung bencana daerah.

Mustaffar Kamal berkata, pihaknya akan meneliti permintaan wanita itu bagi membina rumah baru.

“Perkara ini di bawah projek Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kami usahakan bina rumah mereka di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia