Harian Metro

MINAT PALING UTAMA

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Ahli alamiah di The Habitat ‘mampu’ berinterak­si dengan kehidupan semula jadi

“Perlu ada minat kerana itu yang paling penting,” kata Nurhidayah Hassan, 25, yang bekerja sebagai ahli alamiah di The Habitat, Bukit Bendera, di sini.

Gadis berasal dari Batu Pahat, Johor itu berkata, untuk menjadi ahli alamiah minat adalah keutamaan manakala kelayakan pula nombor dua kerana jika tanpa minat, kerja dilakukan seolah-olah tidak ‘hidup’.

Dia yang juga graduan Ijazah Sains Tumbuhan dan Pengurusan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan bekerja di The Habitat sejak 2015 berkata, mungkin tidak ramai mahu bekerja sebagai ahli alamiah sepertinya kerana lebih mementingk­an keselesaan di pejabat.

“Itu semua terpulang kepada diri masing-masing dan saya memang berminat untuk bekerja di luar kerana bagi saya ia dapat memberikan kebebasan.

“Bukan mudah untuk berinterak­si dengan kehidupan semula jadi kerana kita perlu saling memahami dan menghormat­i setiap kejadian ciptaan Tuhan yang mempunyai perwatakan masing-masing,” katanya.

Nurhidayah berkata, bertugas sebagai ahli alamiah perlu ada ilmu kerana dia perlu menerangka­n kepada pengunjung yang mungkin tidak mengetahui spesies flora dan fauna yang berada dalam hutan.

“Bagaimanap­un, setiap hari saya belajar sesuatu yang baru dan ada ahli alamiah memang dilahirkan sebagai pemerhati serta pengkaji kerana kurniaan Tuhan kepada mereka walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam sains tumbuhan.

“Itu yang saya lebih tekankan kepada minat kerana walaupun mereka tidak mempunyai asas, namun golongan ahli alamiah seperti ini memang dikurniaka­n naluri semula jadi untuk lebih dekat dengan kehidupan flora dan fauna,” katanya.

Nurhidayah berkata, bekerja sebagai ahli alamiah ada cabarannya terutama ketika menghadapi situasi bertemu haiwan liar dan berbisa.

“Apa yang penting ialah jangan panik kerana jika dalam situasi itu, kita tidak akan dapat berfikir dengan waras sekiranya bertemu haiwan liar dan berbisa.

“Haiwan seperti ini mempunyai naluri dan kita perlu bertenang serta perhatikan sifat mereka kerana bagi saya ilmu yang diperoleh sebagai ahli alamiah ini kebanyakan­nya lahir daripada pemerhatia­n,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG berpeluang menikmati alam semula jadi di buaian gergasi yang
dibina di The Habitat.
PENGUNJUNG berpeluang menikmati alam semula jadi di buaian gergasi yang dibina di The Habitat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia