Harian Metro

‘Datuk Seri tiup semangat’

-

Dungun: “Datuk Seri (Dr Ahmad Zahid Hamidi) berpesan supaya saya kuatkan semangat teruskan hidup dan besarkan anak hingga berjaya,” kata Zarina Abdul Rahman, 37, balu Allahyarha­m Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan.

Menurutnya, segala kata-kata semangat diberikan Timbalan Perdana Menteri dijadikan azimat hidupnya.

Katanya, selepas mengetahui suaminya meninggal dunia, dia seperti hilang arah mahu membesarka­n tiga anak, Muhammad Hilman, 9, Ariff Zakwan, 7, dan Muhammad Hazim, 3.

“Saya risau bagaimana mahu beri pendidikan kepada Muhammad Hilman yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam dalam pelajaran.

“Ketika arwah ada, dia banyak membantu dengan menjaga dan mengajar Muhammad Hilman,” katanya.

Zarina berkata, Muhammad Hazim pula sangat rapat dengan arwah, malah lengan arwah kerap menjadi ‘bantal tidurnya’.

Katanya, anaknya sukar tidur selepas ketiadaan suaminya dan asyik teringatka­n arwah.

“Pagi tadi dia dapat tidur selepas saya selimutkan­nya dengan kain pelikat yang kerap dipakai arwah,” katanya ketika kunjungan Ahmad Zahid di rumahnya di Kampung Darat Rajawali di Pulau Serai, semalam.

Abdul Hakim dari Bahagian Siasatan dan Penguatkus­aan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Teluk Kalong, jam 2.55 petang kelmarin.

 ??  ?? SAMINGAN tidak dapat menahan kesedihan selepas kematian anaknya dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
SAMINGAN tidak dapat menahan kesedihan selepas kematian anaknya dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia