Harian Metro

J ABAI KRITIKAN BUNUH SEMANGAT

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

aguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei dinasihatk­an supaya tidak terlalu memikirkan mengenai pandangan orang di sekeliling­nya jika mahu terus kekal beraksi pada tahap tertinggi biarpun akan mencecah usia 35 tahun minggu depan.

Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek berkata, faktor orang di sekeliling pemain nombor tujuh dunia itu membuatkan dia terlalu berfikiran negatif.

“Kadang-kadang rakan dan orang di sekeliling­nya membuatkan dia terlalu berfikiran negatif. Ia akan membawa kemusnahan kepada cara dia bermain.

“Dia perlu terima hakikat usia semakin meningkat. Jika dia terima hakikat itu, saya yakin dia boleh bermain badminton dengan baik di tahap tertinggi,” kata Misbun ketika ditemui meraikan Hari Sukan Negara anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia di sini, semalam.

 Misbun tak mahu Chong Wei dipengaruh­i pandangan negatif

jika mahu pulih prestasi

BAM mengadakan klinik badminton kepada 40 orang anak yatim daripada Rumah Kesayangan Petaling Jaya dan Stepping Stone Living Centre Taman Seputeh.

Mereka mendapat peluang bermain badminton bersama pemain negara termasuk Chong Wei, Tan Wee Kiong, Goh Liu Ying serta Vivian Hoo.

Chong Wei bersama pemain negara berlepas ke Odense malam tadi bagi menghadapi saingan Terbuka Denmark bermula Selasa ini.

Selepas sekadar muncul naib juara Terbuka Jepun bulan lalu, Chong Wei mahu menebus kekecewaan itu di Terbuka Denmark selain ia akan menjadi hadiah ulang tahun kelahiran ke-35 yang disambut pada 21 Oktober ini.

“Persiapan Chong Wei berjalan baik. Dalam tempoh dua minggu ini dia bekerja keras bagi meningkatk­an taktikal permainann­ya. Jadi saya harap dia boleh beraksi pada tahap terbaik dalam kejohanan itu nanti,” kata Misbun.

Selepas Terbuka Denmark, Chong Wei akan beraksi di Terbuka Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia