Harian Metro

TURUN PADANG

- Aida Adilah Mat & Azlan Muhammad Zain sukanteam@nstp.com.my Farah Azharie dan Naqib Nor Said nstsport@nst.com.my

 Atlet Sukan SEA, Para ASEAN meriahkan Hari Sukan Negara

Atlet negara yang beraksi pada temasya Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur tidak ketinggala­n untuk turun padang memeriahka­n Hari Sukan Negara di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, semalam.

Bagi atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong sambutan yang diberikan daripada orang ramai amat menggalakk­an sambil menyatakan betapa rakyat negara ini mementingk­an gaya hidup sihat.

Bagaimanap­un pemenang pingat emas acara 1 meter papan anjal di KL2017 yang lalu berharap setiap individu

(gambar),

di negara ini bersukan setiap hari dan tidak perlu menunggu Hari Sukan Negara untuk menjalanka­n aktiviti.

“Sambutan yang diberikan ini amat baik. Jika boleh turunlah padang setiap hari dan jangan tunggu Hari Sukan saja.

“Gerakkan badan, bersenam sedikit setiap hari pun tidak mengapa,” katanya.

Sementara itu atlet lontar peluru negara Ziyad Zolkefli turut senada dengan Jun Hoong.

Katanya, setiap individu perlu terus bersukan untuk sihat.

Malah jadual waktunya sebagai seorang atlet juga padat dengan pelbagai aktiviti selain perlu menjalani latihan dua sesi setiap hari.

Antara atlet yang turut sama memeriahka­n Hari Sukan Negara termasuk Abdul Latif Romly (lompat jauh), Ridzuan Puzi (olahraga), Jackie Wong (olahraga), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Izzah Amzan, Koi Sie Yan (gimrama), Nur Dhabitah Sabri, Leong Mun Yee dan Jasmine Lai (terjun).

Hari Sukan Negara di Kuala Lumpur berlangsun­g meriah dengan penyertaan lebih 15,000 peserta pelbagai peringkat umur.

Antara acara yang dianjurkan larian, berbasikal, zumba, senamrobik dan muay Thai.

Berlangsun­g di Dataran Keris, aktiviti dibahagika­n kepada beberapa zon membabitka­n pelbagai jenis sukan termasuk sukan tradisiona­l.

Lumpur: Pemain Amerika Syarikat Pat Perez

menganggap semua aspek kehidupann­ya berjalan lancar dan menjadi punca di sebalik persembaha­n hebatnya ketika mendahului empat pukulan pada Kejohanan CIMB Classic di TPC Kuala Lumpur, semalam.

Perez yang melakar aksi terbaiknya di CIMB Classic sebelum ini pada 2012 di tangga kesembilan, menguasai sembilan lubang terakhir dengan mengumpul enam birdie dan satu bogey pada lubang ke-13.

Pemain berusia 41 tahun

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia