Harian Metro

GILAP PRESTASI

- Mohd Fitrie Muhammad mfitrie@bh.com.my

 Aksi di Dhaka medan terbaik

skuad hoki mantap taktikal

Kuala Lumpur: Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal tidak mahu meletakkan sebarang tekanan kepada skuad hoki negara dalam saingan Piala Asia di Bangladesh kali ini.

Sebaliknya beliau menegaskan penampilan pada Piala Asia akan menjadi medan terbaik persiapan pasukan bagi menghadapi Sukan Asia tahun depan.

Lebih penting, skuad kendalian Stephen Van Huizen perlu menggunaka­n peluang ini untuk memperbaik­i permainan sebelum menghadapi Piala Dunia di India, juga dijadualka­n tahun depan.

“Secara peribadi, Piala Asia tidak jadi tekanan kerana kita dalam proses untuk Sukan Asia tahun depan. MHC tidak letakkan sebarang sasaran tetapi jurulatih sasar untuk ke final.”

“Skuad kali ini pun turut dibarisi pemain muda. Walaupun kita menang besar pada perlawanan pertama, masih ada perkara yang perlu diperbaiki dan mereka tahu mengenai situasi ini.”

“Apa pun kita tidak boleh terbawa-bawa dengan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui pada Klinik Hoki MHC sempena Hari Sukan Negara di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pada program itu, seramai 65 kanak-kanak mengambil bahagian dan modul latihan dikendalik­an sendiri oleh pemain dan jurulatih berpengala­man termasuk Dharmaraj Abdullah.

Mengenai program berkenaan, Subahan berkata ia sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) oleh MHC.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia