Harian Metro

Beri masa Vountus bukti kemampuan

-

lalu nama Vountus Indra Mawan Saniru secara tiba-tiba popular selepas dilantik selaku jurulatih beregu lelaki yang baru.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekali gus menepis semua spekulasi berhubung siapa pengganti kepada Jeremy Gan yang membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Saya pasti ramai yang tertanya-tanya siapa pemilik nama itu, tidak terkecuali diri saya sendiri.

Secara jujur, saya tidak begitu mengenali Vountus, baik ketika zaman sebagai pemain atau pun sebagai jurulatih.

Tapi saya enggan terbawa-bawa dengan kritikan demi kritikan terhadap Vountus. Saya cuba melihat pelantikan­nya daripada sudut positif.

Bagi saya, tidak salah untuk memberi peluang kepada Vountus sebagai jurulatih di BAM. Benar, dia mungkin masih baru dalam dunia kejurulati­han, tetapi dia juga mungkin dapat memenuhi kriteria yang dimahukan ketua jurulatih beregu lelaki Cheah Soon Kit.

Saya mengenali Soon Kit cukup lama, jadi saya faham sikapnya. Soon Kit senang bekerja dengan individu yang mendengar arahannya dan untuk itu, jika dia memilih seorang yang cukup berpengala­man sebagai pembantuny­a, pasti situasi itu agak kekok.

Jadi bagi Soon Kit, dia mahukan seorang jurulatih muda yang mempunyai idea membuak-buak serta pada masa sama dapat mendengar arahannya.

Menerusi petikan akhbar, Soon Kit sendiri mengakui Vountus mempunyai semangat tinggi untuk menjadi tenaga pengajar dan secocok dengan apa yang beliau mahukan.

Bagi saya, pengganti sebenar untuk Jeremy adalah Rosman Razak yang sebelum ini juga bertindak sebagai pembantu Soon Kit. Senang cakap Rosman naik pangkat sedikit.

Untuk Vountus, saya jangkakan dia akan diberi tanggungja­wab untuk melatih pemain pelapis.

Tidak mungkin untuknya diberi beban melatih pemain elit seperti Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sebab pastinya ia tidak kena.

Bukan mempersoal­kan kemampuan Vountus, tetapi jelas sekali ilmu yang ada padanya belum cukup untuk mendidik barisan pemain elit.

Nasihat saya, berhentila­h daripada terus mengkritik Vountus. Beri ruang dan peluang kepadanya untuk membuktika­n kemampuann­ya.

Sebab saya difahamkan daripada BAM, dia juga perlu melalui tempoh percubaan. Kalau betul tidak dapat menggalas tugas dengan baik, gantikanny­a saja dengan invididu lain.

Saya juga berharap Vountus memanfaatk­an peluang ini sebaik-baiknya. Bukan mudah untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar di BAM, sebuah insititusi yang disertai barisan pemain terbaik negara.

Jumpa lagi.

 ??  ?? VOUNTUS (kiri) pernah beraksi untuk negara.
VOUNTUS (kiri) pernah beraksi untuk negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia