Harian Metro

IMPI JELAJAH ATP

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Soalan: Sukan tenis bukanlah sukan yang popular di negara ini namun boleh anda cerita bagaimana anda mula terdorong untuk menceburi sukan tenis?

Jawapan: Benar malah saya sendiri sebelum menceburi sukan tenis saya terlebih dahulu mencuba sukan taekwando.

Tapi pembabitan saya dalam sukan mempertaha­nkan diri itu tidak lama dan saya hanya dapat bertahan sehingga tali pinggang kuning saja.

Nak dijadikan cerita satu hari jiran saya datang jumpa ayah (Shariem Aizul Jeffri Aziz) bertanyaka­n sama ada saya berminat untuk menyertai tenis lalu saya pun bersetuju untuk mencuba.

Bagi saya tidak salah untuk mencuba apa saja jenis sukan. Selepas saya mula bermain bagaikan ada satu tarikan yang membuatkan saya terus berminat dengan tenis sehingga hari ini.

S: Nampaknya tenis kini sudah menjadi sebahagian dalam hidup anda. Apa yang membuatkan anda begitu meminati sukan ini berbanding

Memiliki susuk tubuh kecil bukan alasan untuk Akid Dameer Shariem Aizul menyahut cabaran bergiat aktif dalam sukan. Malah Akid menegaskan ia langsung tidak gentar beraksi dengan mereka yang jauh lebih besar daripadany­a.

Memilih sukan tenis sebagai salah satu sukan kegemarann­ya, Akid menyimpan impian untuk melangkah sejauh mungkin dalam sukan itu.

Biarpun mengetahui cabaran yang bakal dihadapi tidak mudah tapi itu bukan alasan untuk mencuba kerana dia pasti setiap usaha yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti.

Ikuti temubual Akid yang berkongsi pengalaman sepanjang terbabit dalam sukan tenis.

sukan lain?

J: Bagi saya sukan tenis ni memerlukan ketahanan fizikal, mental, kesabaran dan disiplin yang tinggi.

Latihan tenis juga sungguh mencabar. tidak mudah seperti yang anda semua sangkakan.

Kita perlu fokus 100 peratus kerana satu kesilapan boleh menyebabka­n mental dan fokus terganggu.

Saya berterima kasih kepada jurulatih saya Noor Mokhzani Mohd Said kerana tidak pernah berhenti melayan karenah saya dan juga tidak putus-putus memberi semangat kepada saya dalam apa juga situasi.

Tidak lupa juga saya kepada kawan-kawan Muhammad Hasnul Izzat, Nik

Marzuq Rifqi, Kamarul Firdaus dan Nazarul Haikal yang sentiasa bersama dalam waktu susah dan senang.

Mereka selain keluarga, mereka inilah yang menjadi tulang belakang saya.

S: Pastinya setiap orang mempunyai cita-cita dan impian, boleh anda berkongsi apakah impian anda di masa hadapan?

J: Impian saya ialah untuk menjadi atlet negara dan bermain di Siri Jelajah ATP. Saya tahu ia satu yang sukar tapi bukan mustahil.

Saya mahu berusaha memberi yang terbaik kerana yakin jika setiap usaha pasti ada pulanganny­a.

Sebab itu saya berusaha dengan keras untuk mencapai cita cita saya.

S: Siapakah idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilih beliau sebagai idola?

J: Idola saya adalah pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal. Saya amat mengagumi cara dia bermain.

Nadal seorang pemain yang mempunyai jiwa yang kental dan tidak pernah berputus asa.Dia akan berjuang habis-habisan serta memiliki semangat juang yang tinggi.

Skil permainan Nadal juga hebat dan sukar ditandingi oleh kebanyakan pemain lain.

Selain itu saya juga mengagumi ayah saya Sha riem Aizul Jeffri Aziz dan ibu saya Siti Meriam Hasrine. Mereka juga idola saya.Mereka sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang dalam sukan ini. Adakala bila tewas dalam pertanding­an, sokongan yang diberikan membuatkan saya kembali bersemanga­t.

S: Sekiranya anda mempunyai masa lapang apakah aktiviti yang anda lakukan? J: Sekiranya saya ada masa lapang, saya akan membuat latihan fizikal pada waktu petang seperti mengayuh basikal, skipping dan melatih adik saya bermain tenis.

Pada waktu malam pula saya akan mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah.

Biarpun aktif dalam sukan saya tidak akan melupakan pelajaran. Saya mahu berjaya dalam kedua-dua bidang.

 Akid tekad berusaha wakili negara seterusnya gegar dunia

 ??  ?? JURULATIH menunjuk ajar Akid ketika sesi latihan hujung minggu. AKID tak gentar beraksi dengan lawan lebih besar daripadany­a.
JURULATIH menunjuk ajar Akid ketika sesi latihan hujung minggu. AKID tak gentar beraksi dengan lawan lebih besar daripadany­a.
 ??  ?? AKID (kanan) mempamerka­n trofi dimenangi bersama ibunya.
AKID (kanan) mempamerka­n trofi dimenangi bersama ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia