Harian Metro

LEBIH MANTAP

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Melaka buru lima lagi pemain

Kuala Lumpur: Melaka United menjanjika­n penampilan lebih mantap pada saingan Liga Malaysia musim depan apabila merancang untuk memburu lima pemain tempatan bertaraf Liga Super.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi, sekurang-kurangnya lapan pemain tempatan musim ini akan dikekalkan dengan selebihnya muka baru.

Jelas Yusoff, rombakan besar-besaran itu perlu bagi memastikan juara Liga Perdana musim 2016 itu menjadi pencabar kejuaraan musim depan berbanding sekadar bergelut di zon penyingkir­an sepanjang musim ini.

“Selepas mengalami musim yang penuh mencabar, kami dapati perlunya perubahan besar dalam pasukan Melaka terutamany­a dengan membawa masuk beberapa pemain berkualiti standard Liga Super musim depan.

“Melihat situasi pemain sekarang, kami cuma ada dua pemain yang pernah beraksi di Liga Super dengan selebihnya adalah tonggak Liga Perdana. Disebabkan itu, kami agak sukar untuk bersaing dengan pasukan Liga Super apabila sekadar berentap di bawahan liga saja.

“Bagaimanap­un bukan mudah untuk kami mendapatka­n lima pemain berpengala­man Liga Super memandangk­an kelompok pemain yang sedikit dengan pasukan lain juga pastinya berlumba mengekalka­n mereka.

“Begitupun saya boleh sahkan lima pemain itu sudah dikenal pasti dan kini di peringkat perbincang­an untuk mendapatka­n persetujua­n mereka bersama kami,” katanya hari ini.

Skuad Hang Tuah sebelum ini mengesahka­n sudah menawarkan kontrak lanjutan buat pengendali pasukan iaitu Eduardo Almeida yang berjaya menyuntik aksi lebih bertenaga hingga menyaksika­n mereka kekal di Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia