Harian Metro

BAWA PULANG BEKALAN SELESA

- Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

Pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais menuntut setiap pemain supaya tidak terperangk­ap dengan helah Perak apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Morais menyifatka­n skuad The Bos Gaurus mampu menidakkan usaha Harimau Selatan memburu kemenangan tatkala ingin meraih bekalan selesa pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 21 Oktober ini.

Beliau berkata, walaupun aksi separuh akhir adalah timbal balik, namun fokus utamanya ialah pada 90 minit perlawanan pertama di Ipoh dan tidak mahu memikirkan aksi di Larkin nanti.

“Kami akan harungi 180 minit perlawanan, tetapi saya tidak gemar memikirkan kami akan harungi dua perlawanan sebaliknya fokus utama ialah melakukan persiapan taktikal aksi di tempat lawan itu.”

“Kami melakukan persiapan cukup rapi walaupun ada beberapa pemain mengalami kecederaan tetapi itu bukan penghalang kerana sepanjang 15 hari latihan, setiap pemain memberi komitmen tinggi dan bersedia untuk berdepan Perak.”

“Walaupun pernah menewaskan Perak 2-1 pada aksi Liga Super, tetapi itu cerita lama dan aksi Piala Malaysia berbeza kerana ia ibarat kalah mati dan siapa saja yang membuat silap maka mereka akan dihukum dan kami tidak mahu membuat kesilapan,” katanya.

Morais tampak lega selepas tiada pemain digantung perlawanan dan bakal menurunkan kesebelasa­n terbaik dan optimis mampu mengimbang­i kekuatan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang pasti akan turun habis-habisan bagi menidakkan hasrat Johor DT melakar kemenangan.

Beliau juga membayangk­an Perak akan mengamalka­n corak permainan pantas dengan bertindak melakukan serangan di posisi sayap kiri dan kanan selain menyandark­an harapan kepada pemain import, Gilmar Filho yang mampu memberi ancaman terhadap benteng Johor DT.

“Kelicikan Gilmar (Filho) tidak dinafikan, tetapi saya tidak risaukan seorang pemain saja sebaliknya 11 pemain Perak yang beraksi nanti memiliki kelebihan tersendiri dan pemain saya harus bijak mengelak daripada

 Morais mahu pemain Harimau Selatan fokus

aksi pertama separuh akhir di Ipoh

penguasaan pasukan itu.”

Saya jangkakan ia perlawanan menarik memandangk­an kedua-dua pasukan tahu taktikal masing-masing, tetapi saya ada ramuan tersendiri yang akan dipraktikk­an oleh pemain Johor DT bagi memburu kemenangan nanti,” kata Morais.

 ?? FOTO: EFFENDY RASHID ?? MORAIS pertaruh kesebelasa­n terbaik di Ipoh, malam ini.
FOTO: EFFENDY RASHID MORAIS pertaruh kesebelasa­n terbaik di Ipoh, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia