Harian Metro

Afifah lupakan kisah silam

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Apa yang berlaku biarlah berlalu kerana kehidupan harus diteruskan. Itulah kata-kata perangsang digenggam pelakon Afifah Nasir, 24, selepas terpalit kontrovers­i didakwa mengganggu rumah tangga Aliff Aziz.

Insiden diserang isteri Aliff, Bella Astillah di pusat karaoke kemudian rakaman video Afifah dan Aliff berpegang tangan tersebar sehingga menjadi isu sensasi, sudah lama berlalu.

Permasalah­an timbul juga dianggap tamat sebaik saja penggambar­an drama bersiri Izinkan Aku Mencintaim­u dijayakan Afifah bersama Aliff selesai.

Afifah atau Nur Afifah Md Nasir kini menjalani hidup seperti biasa dan sibuk di lokasi drama terbaru lakonannya, Syurga Yang Kedua.

Ternyata kontrovers­i yang timbul langsung tidak memberi kesan kepada kerjaya seninya mahupun kehidupan peribadi.

Bagi Afifah, apa yang berlaku dianggap sebagai satu pengajaran yang mematangka­n diri untuk berdepan dengan ‘sepak terajang’ dunia seni.

Afifah akui pada awal kontrovers­i itu timbul dan diperbesar-besarkan, dia berasa terganggu tetapi lega apabila selesai saja penggambar­an drama menggandin­gkan mereka berdua.

“Alhamdulil­lah sebaik saja penggambar­an drama itu selesai, saya tidak ada apa-apa lagi kaitan dengan

Anggap kontrovers­i dengan Aliff Aziz

tidak beri kesan pada kerjayanya

Aliff. Semuanya sudah menjadi seperti biasa.

“Dalam waktu sama memang ada yang masih lagi membicarak­annya tetapi pada saya ia tidak memberikan apa-apa kesan kerana saya sudah lama ‘move on’,” katanya.

Walaupun terus dikecam netizen sehingga ada saja dakwaan berbau tidak puas hati ditulis umum di media sosial, Afifah akui sekarang dia menerima lebih banyak komen positif berbanding negatif.

“Sebagai anak seni, satu perkara yang saya belajar ialah tidak semua orang suka kita. Lebih besar kelompok yang mengenali seseorang artis itu, lebih besar juga jumlah orang yang tidak menyukai.

“Saya juga perasan orang yang tidak menyukai seseorang selebriti atau artis ini mereka memang suka mencari kesalahan dan keburukan.

“Tidak pernah ada yang baik di mata mereka sama ada yang baik dan yang buruk lagilah menjadi punca kecaman mereka,” katanya.

Afifah juga tidak menafikan kontrovers­i yang timbul menyebabka­n dia rasa kesal kerana sepanjang tahun pertama menjadi anak seni perjalanan­nya dipermudah­kan.

“Bagaimanap­un, atas nasihat kakak dan temanteman perasaan kesal itu hilang. Ini adalah perkara yang perlu saya hadapi sebagai anak seni dan saya tidak mahu berputus asa disebabkan kontrovers­i itu.

“Semangat saya

 ?? FOTO:
SOLEKAN DAN DANDANAN:
BUSANA: ??
FOTO: SOLEKAN DAN DANDANAN: BUSANA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia