Harian Metro

Hati emma terluka

-

dan terbaca mesej antara Zahirah dan Kamal yang berbau romantis. Ruparupany­a Emma dapat menghidu wujud cinta lokasi sewaktu kedua-duanya menjayakan drama bersiri Duda Pujaan Dara dan ia berlanjuta­n walaupun penggambar­an dan tayangan drama bersiri itu sudah lama tamat.

Perkembang­an terbaru yang Cik Pang dengar dan disampaika­n sumber rapat dengan pasangan popular ini, hubungan antara Emma dan Kamal bukan lagi retak tetapi sudah terbelah.

Emma mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubunga­n dengan Kamal kerana berasakan apa yang dilakukan Kamal sangat melukakan hatinya.

Dalam versi lain pula,

Cik Pang dikhabarka­n yang Emma memaafkan Kamal kerana aktor itu berusaha memujuknya dengan terbang ke Sabah bagi bertemu kekasihnya itu.

Begitupun, peminat yang bertemu pasangan ini pasti tidak menyedari yang mereka sedang bermasalah kerana kedua-duanya nampak seperti okey saja sewaktu pasangan itu muncul bersama di jualan bazar mega di Kota Kinabalu.

Begitupun kata sumber, Emma sengaja tidak mahu menimbulka­n ketegangan kerana tidak mahu ia menjadi kecoh.

Pada Cik Pang, kalau benar sudah berbaik baguslah sebab daripada apa yang diberitahu kepada Cik Pang masalah yang dihadapi Kamal dan Emma ini agak besar juga kerana membaitkan satu lagi pasangan artis popular.

Dalam situasi ini, bagaimana pula kedudukan hubungan cinta antara Zahirah dan Zul Arrifin. Cerita sumber, Zul juga sudah mengetahui perkara ini dan turut mahu mengambil tindakan sama seperti Emma.

Begitupun, kalau kata mereka masih bersama bermakna masalah yang timbul itu dapat diselesaik­an antara mereka. Begitu juga yang Cik Pang harapkan tetapi kalau sebaliknya, anggap saja tiada jodoh.

Tapi soal tidak jujur pada pasangan itu pada Cik Pang tidak bagus dan berpisah disebabkan perkara itu sangat menyakitka­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia