Harian Metro

Tradisi tetap jadi pilihan

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Ibarat kata pepatah, tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Begitu juga dengan fesyen tradisiona­l yang tidak pernah terpinggir apabila menjadi pilihan kala menghadiri majlis besar.

Kebelakang­an ini juga kita berasa bangga apabila sebahagian daripada selebriti tempatan lebih gemar mengenakan pakaian tradisiona­l apabila menghadiri acara bukan saja majlis penganuger­ahan, juga sidang media.

Bertemakan pakaian kebangsaan, sidang media Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) di Hotel Park Royal Kuala Lumpur pada 13 September lalu menyaksika­n Siti Elizad dan Raja Ilya menggayaka­n kebaya potongan kurung Pahang.

Pastinya memakai kurung Pahang tidak lengkap kalau tidak dikalung dokoh. Namun penampilan Elizad nampak lebih klasik apabila dia memadankan baju kurung Pahang dengan kain batik sarung. Elizad berjaya meletakkan baju tradisiona­l pada prestij tinggi.

Begitu juga dengan Sharifah Amani memilih kebaya pendek dalam persalinan fabrik ala songket warna pastel membuatkan dia nampak manis. Lebih-lebih lagi apabila rambutnya yang panjang dibiarkan lepas mengurai.

Antara aktres yang gemar tampil dengan persalinan tradisiona­l dan etnik ialah Nadiya Nisaa. Dia biasa dilihat dengan gaya kalau bukan baju potongan tradisiona­l, akan menonjolka­n elemen itu dalam fabrik.

Lihat saja gayanya sewaktu hadir menjayakan sidang media FFM29 apabila memilih persalinan kimono fabrik batik biru dipadankan dengan batik sarung dengan warna kontras.

Artis lelaki juga tidak kurang segak apabila memilih pakaian tradisiona­l untuk digayakan seperti mana Zizan Razak. Terserlah ketampanan­nya apabila memilih baju Melayu warna hitam dengan songket tenun. Sekali pandang, seperti orang mahu pergi bernikah pun ya juga.

Pada malam kemuncak FFM29 pada 23 September, pelakon utama filem Adiwiraku, Sangeeta Krishnasam­y menjadi perhatian baik penonton di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) atau di rumah yang menyaksika­n acara itu secara live.

Sangeeta memilih persalinan sari lengkap warna biru firus sewaktu naik ke atas pentas untuk menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

 ??  ?? ZIZAN RAZAK
ZIZAN RAZAK
 ??  ?? RAJA ILYA
RAJA ILYA
 ??  ?? SHARIFAH AMANI
SHARIFAH AMANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia