Harian Metro

Gong di ruang tamu

-

Cinta terhadap irama

nusantara dorong Noraniza hias rumah guna

alat muzik tradisiona­l

rumah Noraniza sekeluarga selain berasa sangat terpegun dengan tatariasny­a.

Di bahagian ruang tamu rumah itu tidak hanya diletakkan sofa tetapi dihiasi dengan pelbagai alat muzik tradisiona­l di setiap sudut. Antaranya cak lempung, gamelan, rebana dan gong.

Noraniza akui minat dan cintanya pada muzik tradisiona­l mendorongn­ya menghiasi rumahnya dengan alat muzik tradisiona­l dan antik.

Apatah lagi kebanyakan alat muzik itu sudah lama dibeli di negara jiran, Indonesia dengan pelaburan yang besar.

“Dulu sekitar 2010, saya pernah buka akademi seni di Subang Jaya dan alat muzik ini diletakkan di situ untuk tujuan pembelajar­an.

“Bagaimanap­un, selepas akademi itu ditutup operasinya, sebahagian alat muzik tradisiona­l yang ada saya bawa balik ke rumah.

“Berat hati saya untuk membuang atau meninggalk­an alat muzik ini kerana ia mempunyai nilai khazanah yang tinggi,” katanya.

Noraniza sedar, jika dia tidak ada inisiatif untuk menyimpan kebanyakan alat muzik tradisiona­l itu, dikhuatiri tidak dikenali generasi muda akan datang.

“Seni dan budaya tradisiona­l adalah tunjang sesuatu bangsa. Jadi, wajar untuk ia dipertahan­kan dengan sebaik-baiknya.

“Selama menetap di rumah ini, saya hanya hias sekadar yang dirasakan menarik dan sedap mata memandang. Tambah pula bahagian ruang tamu ini memang belum dilakukan kerja ubah suai,” katanya.

Masih aktif memartabat­kan seni dan budaya tradisiona­l, Noraniza gembira sambutan diterima masih menggalakk­an

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia