Harian Metro

Bukan pesta main air

-

Assalamual­aikum dan selamat sejahtera kepada anda semua pembaca kolum ini. Pepatah Melayu ada menyebut ‘sediakan payung sebelum hujan’ yang bermaksud sebelum berlaku sesuatu, lebih baik bersedia terlebih dahulu.

Kalau dah hujan baru nak sediakan payung, habislah basah kuyup baju kita kan? Adik saja nak kaitkan pepatah ini dengan perlunya persediaan awal bagi menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku mulai bulan ini hingga penghujung tahun nanti.

Apatah lagi dalam beberapa minggu ini dilaporkan akan berlaku hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di negara ini.

Adik difahamkan, jumlah mangsa banjir kilat di Alor Setar, Kedah terus meningkat dan semua mangsa ditempatka­n di tiga pusat pemindahan di daerah Kota Setar.

Selain itu di Kota

Bharu, Kelantan pula turut dilaporkan jambatan sementara yang menghubung­kan kawasan Pulau Setelu terputus lagi ditenggela­mi air sungai yang naik mendadak akibat hujan lebat sejak Jumaat lalu.

Adik harap rakyat Malaysia ketika ini terutama penduduk yang tinggal di tempat yang berisiko berlaku banjir, sudah bersiap siaga menghadapi banjir dan berhati-hati.

Kita kena ambil kira pelbagai aspek. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Bukan apa, dalam setiap kejadian banjir, ada saja berita buruk yang berlaku seperti kejadian maut akibat dihanyut air deras, selain kemusnahan harta benda, rumah, ternakan dan tanaman.

Sedih juga adik tengok video dan gambar keluarga mangsa banjir. Sudah tentu nilai kerugian yang ditanggung mereka sangat besar dan mungkin menjejaska­n perjalanan kehidupan.

Apapun, setiap kali banjir berlaku yang pasti perkara paling penting perlu dilakukan adalah menyelamat­kan diri dan keluarga terlebih dahulu.

Adik harap setiap individu yang berdepan risiko berlaku banjir mengambil iktibar dan mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarah untuk berpindah.

Selain itu, adik berharap masyarakat lebih peka mengenai keselamata­n diri dan bahayanya banjir yang berlaku.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan utama dengan memastikan anak mereka tidak menjadi golongan yang berseronok dan menjadikan banjir sebagai pesta main air.

Tidak dinafikan kebanyakan kanakkanak sangat sukakan air. Mereka seolah-olah tidak memahami risiko atau bahaya yang menanti jika menjadikan banjir sebagai tempat bersuka ria, berlari dan meredah air ke sana ke mari.

Adik juga ingin menyeru supaya mangsa bah di negeri yang terbabit supaya berwaspada dengan penyakit bawaan banjir yang boleh menyebabka­n kematian.

Bukan sahaja kena berhati-hati mengenai arus deras malah di situ juga akan menjadi punca kewujudan dan penyebaran penyakit.

Antara penyakit yang dijangka mula melanda negeri dilanda banjir ialah demam kepialu, taun, Hepatitis A, leptospiro­sis atau kencing tikus, salmonella serta penyakit kulit. Pada adik, lebih baik menghindar daripada merawat.

Kita juga mesti memahami bahawa musim tengkujuh adalah sinonim dengan banjir. Justeru, semua pihak yang terbabit mesti mengambil langkah proaktif untuk memastikan kesan banjir dapat diminimumk­an.

Adik juga ingin berkongsi rasa teruja apabila berkesempa­tan membuat persembaha­n pembukaan di Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017) yang berlangsun­g semalam di MES Theatre, Mediacorp, Singapura.

Jujur, ia bagi adik satu pengalaman berharga apabila bukan sekadar diundang sebagai calon selebriti yang bertanding, namun pada masa sama turut dapat peluang membuat persembaha­n pembukaan untuk acara gilang-gemilang itu.

Adik tahu dan percaya bukan mudah orang nak letak kepercayaa­n kepada kita untuk membuat persembaha­n dalam majlis yang besar seperti acara anugerah berprestij.

Tambah pula sebagai persembaha­n pembukaan. Namun, syukur Alhamdulil­lah semuanya berjalan dengan lancar. Adik gembira dengan persembaha­n yang adik lakukan untuk menghiburk­an penonton yang hadir. Insya-Allah segala kekurangan yang ada akan terus adik perbaiki dari semasa ke semasa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia