Harian Metro

Aktiviti ceria jelajah Langkawi

- Hamzah Osman metahad@hmetro.com.my

Program julung kali galak ahli masyarakat amal gaya hidup sihat

Keindahan pantai dan kehijauan alam sekitar menjadi aset penting sehingga berjaya menarik 270 peserta menyertai Program Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi sejauh 70 kilometer, baru-baru ini.

Malah, keseluruha­n peserta menyertai program julung kali anjuran bersama Badan Kebajikan dan Sukan Pembantu Perubatan serta Unit Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah ini berjaya tiba di garisan penamat.

Bermula di Dataran Pekan Rabu, Kuah, tepat jam 7.30 pagi, peserta yang kebanyakan­nya datang dari seluruh Semenanjun­g dilepaskan Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mohd Lutpiyudin Azidin. Turut hadir, Pengerusi Program, Dr Muhammad Shauqi Abdul Kadir.

Antara laluan yang ditempuh peserta ialah Jalan Kuah-Padang Matsirat dan Jalan Pantai Chenang-Kuala Melaka, seterusnya semua peserta terpaksa memerah keringat mendaki laluan berbukit sejauh enam kilometer sebelum tiba di Telaga Harbour Park (THP).

Dari THP peserta terus berkonvoi menuju Kompleks Kraf di Teluk Yu, diikuti Galeria Perdana di Kampung Kilim, Taman Hidupan Liar Langkawi di Kampung Belanga Pechah sebelum menamatkan kayuhan di Dataran Lagenda di Kuah pada jam 12 tengah hari.

Muhammad Shauqi berkata, selain membantu mempromosi tempat menarik di Langkawi, program itu juga bermatlama­t membudayak­an cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.

“Rata-rata peserta berpuas hati dapat meluangkan masa berkayuh beramai-ramai, sekali gus menjadi pendekatan terbaik untuk merapatkan silaturrah­im. Malah, kami berharap penganjura­n kayuhan ini dapat menggalakk­an orang ramai membabitka­n diri serta meneruskan aktiviti menjurus gaya hidup sihat,” katanya.

Ketua Unit Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan di HSB itu juga berkata, pihaknya berterima kasih atas penyertaan peminat dari luar Langkawi yang datang bagi menjayakan kayuhan itu.

“Kami berbanyakb­anyak terima kasih atas sokongan peserta termasuk dari Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang yang membuktika­n aktiviti ini mampu menyatukan masyarakat. Ini kerana aktiviti ini melahirkan insan yang bukan saja sihat pada aspek fizikal, malah sihat dan cergas pada aspek mental,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan program itu, Mohd Lutpiyudin berharap program kayuhan itu dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai acara tahunan.

Katanya, hasrat itu tidak mustahil terlaksana berikutan sambutan peserta amat menggalakk­an seiring objektif amalan gaya hidup sihat.

Peserta daripada

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Riders, Siti Asura Abd Ghani berkata, penyertaan­nya dalam program ini timbul secara spontan selepas mengambil kira pendapat ahli kelab.

“Saya bersama 20 ahli MBMB Riders berpuas hati apabila kayuhan ini dibuat secara santai tanpa mengambil kira siapa pemenang bagi membolehka­n peserta ‘menikmati’ pemandanga­n indah sekitar Langkawi. Penganjur juga mengadakan sesi cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah berbentuk hampar dan ia memberi kepuasan kepada kami,” katanya.

Rumazi Othman

43, dari Pulau Pinang, berkata walaupun bukan pertanding­an, semua peserta memberi komitmen dan saingan sengit untuk menyudahka­n kayuhan sejauh 70 kilometer sehingga garisan penamat.

“Laluan kayuhan sememangny­a mencabar kerana selain menyusuri pantai, kami juga melalui kawasan berbukit, namun semua peserta dapat melepasi cabaran itu dengan baik dan berjaya sampai ke garisan penamat dengan selamat,” katanya.

 ??  ?? PESERTA bersedia memulakan Program
Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi.
PESERTA bersedia memulakan Program Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi.
 ??  ?? DR Mohd Lutpiyudin
(dua dari kanan) diiringi Dr Muhammad Shauqi melepaskan 270 peserta Program Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi.
DR Mohd Lutpiyudin (dua dari kanan) diiringi Dr Muhammad Shauqi melepaskan 270 peserta Program Kayuhan Fun & Ride Jelajah Langkawi.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta memulakan kayuhan di Dataran Pekan Rabu, Kuah.
SEBAHAGIAN peserta memulakan kayuhan di Dataran Pekan Rabu, Kuah.
 ??  ?? PESERTA menyusuri Jalan Pantai Chenang-Kuala Teriang.
PESERTA menyusuri Jalan Pantai Chenang-Kuala Teriang.
 ??  ?? SITI Asura
SITI Asura

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia