Harian Metro

Limpahan sos keju mewah

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Menu Barat ditawarkan restoran ini adalah makanan yang lazim disediakan, namun membezakan­nya dengan restoran lain adalah limpahan sos keju sangat mewah dan saiz hidangan besar.

Menggunaka­n campuran empat jenis keju sebagai sos istimewa sebelum dicurah ke atas hidangan terpilih menjadi identiti Restoran Cheese Banjir yang diusahakan Shahfizzam Moideen dan rakan kongsi, Mohd Razman Faizal Sulaiman.

Shahfizzam berkata, aneka cita rasa keju dijadikan asas dalam penyediaan makanan

Barat seperti Chicken Chop Captain America, Chicken Grill Wolverine, Lamb Grill The Hulk, Rib Eye Steak Grill Uncle Tiger, Fish n Chip Thor dan Meatball Beef Black Widow.

“Kami memilih keju kerana kini rakyat Malaysia semakin bijak menguasai masakan berasaskan keju. Malah, hidangan dengan kombinasi keju sering mendapat permintaan tinggi dan menjadi kegilaan ramai terutama golongan muda.

“Bagi menawarkan rasa sos keju yang unik, saya mencipta sendiri sos berkenaan dan membuat sembilan kali percubaan menghasilk­an resipi sos keju dengan rasa lazat yang memuaskan cita rasa pelanggan,” katanya.

Restoran itu turut menyediaka­n masakan berlauk panas seperti Asam Pedas Johor bersama pilihan ikan bawal, pari, tenggiri, ikan merah, jenahak dan siakap. Menu masakan panas lain seperti Udang Gorgon Butter, Sotong Ultraman dan Kari Kepala Ikan Megatron.

Harga makanan berpatutan bermula serendah RM7 hingga RM55. Namun, pelanggan pasti berpuas hati dengan saiz hidangan yang banyak. Malah, pesanan bagi masakan berlauk didatangka­n bersama set nasi putih, ulam dan sambal belacan secara percuma. Lebih menarik, nasi tambah juga diberi percuma.

 ??  ?? SHAHFIZZAM (duduk kanan) dan Mohd Razman (duduk kiri) bersama kakitangan
menunjukka­n menu kegemaran pelanggan.
SHAHFIZZAM (duduk kanan) dan Mohd Razman (duduk kiri) bersama kakitangan menunjukka­n menu kegemaran pelanggan.
 ?? FOTO ?? SHAHFIZZAM bersama dua menu Barat dengan sos keju banjir.
FOTO SHAHFIZZAM bersama dua menu Barat dengan sos keju banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia