Harian Metro

Keluarga cinta buku

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Rumah simpan lebih 4,000 buku dilabel guna standard seperti perpustaka­an

Setiap kali ke luar negara pasti kita ke lokasi menarik untuk dilawati, namun sebuah keluarga menjadikan perpustaka­an sebagai tempat wajib singgah mereka.

Pasangan Zamri Misman dan isterinya Nor Azzah Momin masing-masing berusia 45 tahun bersama empat anak mereka iaitu Muhammad Syafiq, 19, Syifa, 18, Balqis, 14, dan Muhammad Bazli, 11, tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke gedung ilmu itu tidak kira di dalam atau luar negara.

Bagai membosanka­n, namun ia menjadi perkara biasa bagi keluarga ini yang cintakan bahan bacaan hingga ruang tamu rumah di Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan disusun dengan rak berisi lebih 4,000 buku. Ia terdiri daripada pelbagai jenis bahan bacaan daripada ringan hinggalah berat.

Zamri yang berkhidmat sebagai Pengarah Pengurusan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia berkata, sejak kecil dia minat membaca.

Katanya, sewaktu zaman persekolah­an dia hanya mampu meminjam buku di Perpustaka­an Desa di kampungnya di Felda Bukit Senggeh, Jasin, Melaka.

“Semasa melanjutka­n pelajaran di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) saya mula menyimpan serba sedikit buku yang dibeli hasil daripada duit simpanan.

“Ketika sudah bekerja saya dapat memuaskan minat ini dengan membeli buku diminati setiap minggu.

“Selepas berkahwin, buku semakin bertimbun ditambah pula isteri turut mempunyai minat yang sama begitu juga empat cahaya mata kami,” katanya.

Menurutnya, tabiat mengawal perbelanja­an membuatkan setiap tahun dia memperuntu­kkan RM4,000 untuk ahli keluargany­a membeli bahan bacaan.

“Saya dan isteri serta anak tidak akan melepaskan peluang mengunjung­i kedai buku atau pesta buku untuk membeli bahan bacaan yang diminati masing-masing.

“Disebabkan buku semakin banyak saya turut memperuntu­kkan RM20,000 untuk ubah suai rumah dengan membuat rak buku di ruang tamu dan di sudut tertentu,” katanya.

Zamri berkata, dalam memudahkan mencari buku di rumah, isterinya yang berkhidmat sebagai pustakawan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut melabel setiap buku dengan menggunaka­n standard seperti di perpustaka­an.

“Setiap buku itu juga boleh dicari menerusi sistem komputer dengan menggunaka­n perisian Microsoft Exe. Dahulu, kami hanya menggunaka­n sistem buku log di mana semua buku yang ada akan direkodkan di dalam buku log, namun kini lebih mudah dengan menggunaka­n perisian terbabit,” katanya.

 ??  ?? KELUARGA Zamri
bersantai di ruang tamu.
KELUARGA Zamri bersantai di ruang tamu.
 ??  ?? PENDUDUK sekitar memanfaatk­an rak LFL Nilai Impian.
PENDUDUK sekitar memanfaatk­an rak LFL Nilai Impian.
 ??  ?? KANAK-KANAK turut menumpang menggunaka­n perpustaka­an.
KANAK-KANAK turut menumpang menggunaka­n perpustaka­an.
 ??  ?? SENTIASA menukar buku.
SENTIASA menukar buku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia