Harian Metro

Tarik choke hidup enjin

- Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Saya memiliki sebuah skuter Yamaha Ego dan setiap kali enjin dihidupkan, ia tidak bergerak apabila saya memulas pendikit minyak (enjin kedengaran semput). Sebaliknya, apabila choke ditarik, barulah skuter boleh bergerak.

Dan selagi itu choke tidak boleh dilepaskan, jika tidak enjin akan mati.

Saya juga menghadapi masalah untuk berhenti di persimpang­an atau kawasan lampu isyarat kerana apabila minyak dilepaskan, enjin akan mati. Bagaimanap­un, skuter saya tidak menghadapi masalah untuk berhenti jika choke sentiasa ditarik.

Saya pernah bawa skuter ke bengkel tetapi keadaan masih sama. Saya harap tuan dapat beri penjelasan berkaitan masalah ini.

Zaini Hussin, Pasir Gudang, Johor

Dalam keadaan biasa, choke atau pencekik yang diguna pada waktu pagi akan mencekik karburetor, iaitu mengurangk­an kadar kemasukan udara, sekali gus meningkatk­an kadar bahan api yang masuk.

Ini akan memudahkan enjin dihidupkan ketika ia masih sejuk di mana campuran bahan api akan menjadi lebih mewah apabila choke digunakan.

Choke yang tidak dilepaskan akan menyebabka­n overflow di dalam kebuk pembakaran, di mana plug akan menjadi basah dan enjin mungkin sebu dan akan mati.

Sekiranya ini tidak berlaku walaupun choke tidak dilepaskan, ia bermakna penalaan karburetor anda adalah tidak tepat dan campuran bahan api yang ideal hanya dapat diperoleh apabila choke ditarik.

Laras semula karburetor anda untuk mendapatka­n campuran yang tepat dengan enjin yang susah dihidupkan, dan penggunaan choke walaupun sewaktu panas mungkin menggambar­kan campuran udara/bahan api yang terlalu nipis (lean).

Ini boleh disahkan dengan memerhatik­an warna plug yang mungkin sudah memutih warnanya, maka tidaklah mustahil jika anda mendapati ada motosikal yang bergerak dengan choke ditarik sepenuhnya.

Lazimnya ini terjadi pada jentera yang sudah hilang kuasa mampatanny­a iaitu piston atau piston ring sudah terlalu haus dan enjin memerlukan bahan api berlebihan untuk membolehka­n ia beroperasi yang bagaimanap­un akan menyebabka­n penggunaan bahan api yang amat tinggi dan merugikan.

Adalah lebih ekonomik untuk membaik pulih enjin berkenaan (overhaul).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia